Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP membuat laporan polis berhubung cerpen kontroversi Datuk Chamil Wariya, mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita Cina, yang dikaitkan dengan ahli parlimen popular partinya Teresa Kok.

dapsy lodging report against utusan 161008 02 Cerpen dalam Mingguan Malaysia baru-baru ini "satu bentuk keganasan politik" kerana "meletakkan undang-undang di tangan sendiri", kata timbalan ketua Pemuda DAP Chong Chieng Jen sebelum masuk ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

'Politik baru YB J' itu juga disifatkannya, juga ahli parlimen Bandar Kuching, lebih buruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kalau kamu tanya saya, apa lebih buruk daripada ISA, sebelum saya membaca cerita ini saya tidak tahu.

"ISA undang-undang yang sangat buruk. Tetapi cerpen ini lebih teruk daripada ISA," katanya.

"Kamu meletakkan undang-undang dalam tangan sendiri. Cerita ini berakhir dengan mesej itu (pembunuhan ahli politik)."

chamil wariya Cerpen Chamil itu (foto) yang terbit Ahad lepas, tambahnya, menggalakkan tindakan seumpama itu.

Chong turut membacakan perenggan terakhir cerpen tersebut yang berbunyi:

"YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan."

Ditemani dua lagi wakil rakyat DAP Lip Lim Eng (Segambut) dan Teo Ning Ching (Serdang), Chong mencabar BN membuat pendirian berhubung cerpen itu dan bukannya mengelak daripada menyatakan pendirian.

“Semalam ahli parlimen Muar (Razali Ibrahim), dalam Dewan Rakyat, mengelak daripada persoalan sebenar dan tidak memberikan jawapan yang jelas,” katanya.

Tambahnya, walaupun cerpen itu tidak menyebut nama Teresa secara langsung, tetapi berdasarkan senario politik semasa, ia senang dikaitkan dengan ahli parlimen Seputeh itu, yang juga exco kanan kerajaan Selangor.

dapsy lodging report against utusan 161008 chong chieng jen Ditanya sebab beliau membuat laporan terhadap pengarangnya dan penerbit akhbar itu Utusan Melayu Bhd, beliau berkata, mesej yang disampaikan dalam cerpen itu “tidak sihat”.

Diminta mengulas sama ada tindakannya bertentangan dengan sikap DAP pada 1999 yang senyap berhubung penerbitan novel kontroversi Shit, karya Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad yang mencerca perdana menteri ketika itu, Chong berkata:

“Saya tidak ada dalam senario politik ketika itu. Saya tidak boleh menjawabnya.”

ADS