Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Li dijangka dapat pencalonan pertama esok
Diterbitkan:  Oct 31, 2008 12:54 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Tengku Razaleigh Hamzah dijangka memperolehi pencalonan pertama untuk bertanding jawatan presiden Umno apabila bahagiannya - Gua Musang - bermesyuarat esok.

tengku razaleigh 02 Mesyuarat bahagian tersebut akan berlangsung pada jam 9 pagi esok bertempat di Balai Rakyat Bukit Cekati.

Selepas 105 daripada 191 bahagian selesai bermesyuarat sehingga ini, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan calon tunggal untuk jawatan presiden.

Manakala baki 86 bahagian lagi akan mengadakan mesyuarat mereka esok, sehingga tarikh akhir untuk mengadakan mesyuarat tersebut pada 9 November depan.

Tengku Razaleigh juga pernah menawarkan diri bertanding jawatan presiden pada pemilihan Umno 2004.

Bagaimanapun, beliau gagal melepasi kelayakan minima sebanyaak 59 pencalonan. Beliau hanya mendapat satu pencalonan dari bahagian Gua Musan.

Bagi jawatan timbalan presidne pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga ini mendahului dengan 65 pencalonan.

Manakala dua lagi calon timbalan presiden - Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 23 dan 17 pencalonan.

Bagi naib presiden pula Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendahului dengan 85 pencalonan dan layak bertanding setelah melepasi kelayakan minimi 20 pencalonan.

Empat orang lagi calon yang sudah layak bertanding jawatan naib presiden ialah Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 62 pencalonan, Datuk Shafie Apdal (46), Datuk Khaled Nordin (50) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).

Manakala pemimpin lain yang turut dilcalonkan tetapi masih belum melepasi kelayakan minima ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (6), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (8), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

ADS