Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKNS Infra Bhd (PIB) mengesahkan pegawai kanannya memang memiliki saham dalam anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seperti yang didedahkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, kata sumber-sumber syarikat tersebut, jumlahnya tidak sampai 30 peratus seperti yang didakwa menteri besar.

pkns infra Abdul Khalid mendedahkan perkara itu dalam satu kenyataan ketika mengumumkan pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar sementara PKNS Isnin lalu.

Menurut menteri besar, Low yang sudah 35 tahun berkhidmat dengan PKNS, dilihat sebagai calon paling sesuai untuk memangku sementara jawatan terpenting di perbadanan milik kerajaan negeri itu.

Menurut Abdul Khalid lagi, ada beberapa sebab perlunya dicari calon dari luar PKNS untuk mengisi jawatan tersebut.

Antara sebabnya, tegas menteri besar itu, PKNS berkehendakkan pegawai yang profesional dan berkelayakan dalam bidang pengurusan hartanah, kejuruteraan, senibina atau jurunilai untuk mengetuai PKNS memulakan projek pembangunan semula perumahan baru di Petaling Jaya, Kajang dan Klang.

"Kami juga mendapati terdapat unsur 'percanggahan kepentingan' dalam struktur PKNS sendiri apabila terdapat sekumpulan pegawai kanan memegang saham 30 peatus dalam anak syarikat PKNS, iaitu PKNS Infra Bhd," kata Abdul Khalid dalam kenyataan tersebut.

Akan buat penjelasan

Mengulas lanjut mengenai pemilikan saham itu, sumber-sumber tersebut berkata: “Paling banyak pun 8,000 (unit seorang)”.

Menurutnya, jumlah tersebut hanya merupakan kira-kira 12 peratus daripada jumlah berkeseluruhan saham PIB sebanyak enam juta unit, dengan nilai RM1 seunit.

“Setakat ini tidak pernah capai pun 30 peratus,” kata sumber-sumber itu lagi.

Menurutnya lagi, amalan memperuntukkan saham 30 peratus untuk pekerja dimulakan sejak September 1993 apabila PIB diswastakan.

Bagaimanapun, tambahnya, sehingga ini, sasaran 30 peratus itu tidak pernah dicapai.

Malaysiakini difahamkan, PIB akan mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kesilapan fakta berkaitan jumlah saham yang dimiliki pegawai kanannya dalam anak syarikat tersebut.

ADS