Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy tambah 2 lagi pencalonan
Diterbitkan:  Oct 31, 2008 4:40 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Walaupun kehilangan satu pencalonan dari Gua Musang, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini berjaya memperoleh dua lagi pencalonan, juga dari Kelantan, iaitu dari bahagian Pasir Puteh dan Kubang Kerian - menjadikan jumlah pencalonan meningkatkan 49.

bm version umno youth 2009 nominations update 4 42 pm 311008 Ini bermakna, Khairy yang juga naib ketua Pemuda, berjaya menduduki semula tangga kedua di belakang ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo.

Mukhriz masih mendahului dengan 70 pencalonan manakala Dr Mohd Khir kini berjaya mengumpul 48 pencalonan termasuk dari Gua Musang.

Ketiga-tiga mereka telah layak bertanding jawatan ketua Pemuda setelah melepasi kelayakan minima 39 pencalonan.

Manakala seorang lagi calon, timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mendapat satu pencalonan dari Pemuda bahagiannya - Padang Besar - telah menarik diri.

Ini berikutan keputusan ibupejabat Umno mengiktiraf mesyuarat pertama Pemuda Gua Musang yang mencalonkan beliau bertanding jawatan ketua Pemuda.

Razali mendahului

Mesyuarat kedua Pemuda Gua Musang mencalonkan Khairy tetapi tidak diiktiraf oleh ibupejabat Umno.

Bagi jawatan naib ketua Pemuda pula, ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim masih mendahului dengan 81 pencalonan.

Manakala pesaing terdekatnya, exco Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapat 75 pencalonan.

Mereka berdua juga telah layak bertanding jawatan naib ketua setelah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan.

Calon-calon lain bagi naib ketua tetapi belum layak bertanding ialah ialah ketua Pemuda Kota Kinabalu Bahrul Razha Chuprat yang mendapat empat pencalonan setakat ini; ketua Pemuda Bagan, Marzuki Yahaya (1); ketua Pemuda Subang Megat Firdaus Megat Junid (1); Khairy (1) dan ketua Pemuda Kapar, Faizal Abdullah (1).

Sehingga ini sebanyak 165 daripada 191 Pemuda bahagian telah selesai bermesyuarat. Manakala baki 26 bahagian lagi akan bermesyuarat hujung minggu hingga 9 Oktober depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS