Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

kemaskini 3:57pm Mesyuarat Pemuda Umno di seluruh negara yang bermula pada awal bulan lalu hampir sampai ke penghujungnya, akhir minggu ini.

Sebanyak 179 daripada 191 bahagian pergerakan itu mengadakan mesyuarat mereka sehingga hujung minggu lalu.

Daripada jumlah tersebut, Pemuda di lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Johor, Pahang dan Melaka selesai mencalonkan tokoh pilihan mereka yang akan mengetuai pergerakan itu di peringkat nasional dan melantik ketua di bahagian masing-masing.

bm version umno youth nomination 2009 update 4 05pm november 4th 2008 041108 Setakat hari ini, ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus meraih sokongan popular, mendahului dua tokoh lain dengan 71 pencalonan.

Tempat kedua popular dipintas bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (56 pencalonan) hujung minggu lepas, meninggalkan naib ketua Pemuda Umno dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (51 pencalonan).

Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mendapat satu pencalonan menarik diri dalam perebutan jawatan tersebut dua minggu lepas.

Di lima negeri tersebut, yang melibatkan 64 bahagian, Mukhriz memperolehi lebih separuh sokongan popular (38 pencalonan): Kedah (14 daripada 15 bahagian), Johor (13 daripada 26) dan Pahang (lapan daripada 14).

Manakala di Perlis, beliau mendapat satu sokongan daripada tiga bahagian dan Melaka (dua daripada enam).

Sementara Dr Mohd Khir mendapat 11 pencalonan: Kedah (satu), Johor (tujuh), Pahang (dua) dan Melaka (satu). Beliau tidak mendapat sebarang pencalonan di Perlis.

Khairy, yang juga menantu presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menguasai 14 pencalonan Pemuda. Beliau mendapat satu sokongan di Perlis, Johor (enam), Pahang (empat) dan Melaka (tiga).

Khairy tidak mendapat sebarang pencalonan di Kedah.

Daripada lapan lagi negeri yang akan menyelesaikan mesyuarat pergerakan Pemuda bahagian, Mukhriz mendapat enam pencalonan, Dr Khir Toyo (sembilan) dan Khairy (tujuh) di Perak.

Ipoh Timur dan Larut dijadualkan bermesyuarat masing-masing pada 8 November dan 9 November ini.

Di Terengganu, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat dua sokongan, manakala Dr Khir Toyo (3).

Hanya Pemuda Kuala Nerus belum bersidang, mereka dijadual bertemu 7 November ini.

Di Pulau Pinang, Mukhriz dan Khairy, masing-masing berkedudukan seri dengan mendapat lima pencalonan.

umno youth 2009 leaders khir toyo khairy jamaluddin and mukhriz mahathir Manakala Dr Khir Toyo mendapat dua pencalonan, Nibong Tebal dan Balik Pulau. Pemuda Bukit Bendera dijadual bertemu 7 November ini.

Beliau, bekas menteri besar dan ketua perhubungan Selangor, memperolehi 14 pencalonan daripada 21 bahagian Pemuda di negeri itu.

Mukhriz mendapat empat pencalonan manakala Khairy (tiga).

Di Kelantan, Khairy mendapat sokong majoriti pergerakan Pemuda bahagian dengan lapan pencalonan, manakala Mukhriz (satu) dan Dr Mohd Khir (tiga).

Pemuda Tanah Merah dan Kuala Krai dijangka mengadakan mesyuarat hujung minggu ini. Bagaimanapun, tarikh belum dipastikan.

Di Sabah pula, pencalonan untuk ketiga-tiga boleh dianggap seimbang. Setakat ini 23 daripada 26 Pemuda bahagian bermesyuarat.

Mukhriz mendapat tujuh pencalonan, Dr Mohd Khir (enam) dan Khairy (sembilan).

Tiga bahagian iaitu Batu Sapi, Semporna dan Tenom dijangka mengadakan mesyuarat mereka hujung minggu ini.

Manakala persaingan di Negeri Sembilan menyaksikan Mukhriz mendahului calon-calon lain. Beliau mendapat empat pencalonan daripada Rasah, Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah.

Manakala Dr Mohd Khir dan Khairy masing-masing mendapat satu daripada Teluk Kemang dan Tampin.

Pemuda Rembau akan bersidang pada 8 November , manakala Seremban hujung minggu ini.

Di Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Khir mendahului pencalonan dengan mendapat tujuh pencalonan, manakala Mukhriz (empat) dan Khairy (satu).

Pemuda Lembah Pantai dijadual bersidang 9 November ini.

Sementara itu bagi, jawatan naib ketua Pemuda, setakat ini, ahli parlimen Muar, Razali Ibrahim mendapat 91 pencalonan, manakala Datuk Reezal Merican Naina Merican (80).

Calon-calon lain yang turut dinamakan ialah Bahrul Razha Chuprat (3) dan Marzuki Yahya, Faisal Abdullah, Megat Firdaus Megat Junid serta Khairy masing-masing mendapat satu pencalonan.

ADS