10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Peluang Shahrizat menang dianggap cerah....
Nov 21, 08 10:45am

Peluang untuk Datuk Shahrizat Abdul Jalil menang jawatan ketua Wanita - sekiranya berlaku pertandingan - adalah cerah ekoran sebahagian besar Wanita negeri telah menyatakan sokongan terbuka mereka terhadap beliau.

Semalam, Shahrizat yang juga penasihat hal ehwal pembangunan wanita dan sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan ketua Wanita Umno.

Sehingga ini majoriti bahagian Wanita di Johor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan telah secara terbuka menyatakan sokongan kepada Shahrizat bertanding ketua Wanita.

rafidah shahrizat 211108Namun, mereka masih berharap agar Tan Sri Rafidah Aziz bersetuju dengan gesaan supaya beliau mempercepatkan peralihan kuasa dari Jun dari Mac ini bagi mengelak pertandingan bagi jawatan tersebut.

Malah, beberapa negeri lain yang sebelum ini, mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz untuk mengekalkan jawatannya, turut dikatakan telah mula beralih sokongan kepada Shahrizat.

Di Johor Bahru, Bernama melaporkan, timbalan ketua wanita Johor Senator Sharifah Azizah Syed Zain berkata kira-kira 80 peratus daripada 26 ketua wanita Umno bahagian di negeri itu menyokong pendirian Shahrizat.
    
"Percayalah ada ramai ketua wanita Umno bahagian di Johor yang hanya kulitnya Tan Sri Rafidah Aziz, tetapi isinya lebih daripada 80 peratus menyokong  Datuk Seri Shahrizat," kata kepada Bernama.

Di Ipoh, anggota exco wanita Umno Datuk Khamsiyah Yeop berkata keputusan Shahrizat untuk bertanding jawatan nombor satu pergerakan itu adalah tepat dan mengikut kehendak akar umbi.

Permintaan akar umbi
    
Beliau berkata bagaimanapun, anggota wanita masih menaruh harapan agar Rafidah membuat keputusan mempercepatkan peralihan kuasa itu dari Jun ke Mac depan agar jawatan berkenaan tidak dipertandingkan.

"Kami masih menaruh harapan supaya (Tan Sri) Rafidah membuat keputusan terbaik, itu lebih cantik kerana selama ini suasana politik Wanita disanjung
 
oleh semua sayap parti kerana memberi satu contoh terbaik dengan mencapai keputusan yang kolektif," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata jika Rafidah bersetuju dengan permintaan akar umbi supaya peralihan itu dipercepat, segala pertikaian dan masalah akan selesai.

Naib Ketua Wanita Umno Perak Datuk Rusnah Kassim berkata walaupun Shahrizat mengumumkan untuk bertanding, anggota akar umbi sangat berharap pertandingan bagi jawatan tertinggi sayap parti itu tidak berlaku.

Beliau berkata pada dasarnya semua anggota wanita bersetuju peralihan kuasa daripada Rafidah kepada Shahrizat dilakukan, cuma mahu ia disegerakan.
        
"Wanita Umno Perak sebenarnya sangat sayang dan hormat kepada Rafidah. Beliau memang mahu menyerahkan kepada Shahrizat. Jadi, kami hanya mahu beliau pertimbangkan semula (supaya dipercepatkan). Kami merayu supaya beliau memikirkan perasaan orang lain (akar umbi)," katanya.

'Pendapat peribadi'

        
Di Alor Star, 12 daripada 15 Ketua wanita Umno bahagian di Kedah berikrar menyokong Shahrizat merebut jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti akan datang.
    
Ketua Penerangan Wanita Umno Kedah Noorhasnita Mat Isa berkata ketua wanita Umno bahagian yang menyokong Shahrizat ialah dari Padang Terap, Kuala Kedah, Kubang Pasu, Kulim Bandar Baharu, Merbok, Sungai Petani, Jerlun, Baling, Langkawi, Sik, Padang Serai dan Pendang.
    
"Hanya Wanita bahagian Jerai, Pokok Sena dan Alor Star belum membuat keputusan mereka," katanya.
    
Noorhasnita, yang juga ketua wanita bahagian Kuala Kedah berkata kenyataan ketua wanita Umno Kedah Datin Salmah Mat Isa kononnya semua wanita Umno di Kedah sebulat suara menyokong Rafidah sebenarnya pendapat peribadi beliau sahaja.
    
Beliau berkata ketua-ketua wanita Umno di negeri ini tidak pernah diajak berbincang dan mereka terkejut dengan kenyataan Salmah itu.
    
Noorhasnita berkata walaupun beberapa wanita Umno bahagian memberi pencalonan kepada Rafidah, mereka kini beralih menyokong Sharizat berdasarkan tiga alasan utama.
    
Antara alasan itu ialah sudah tiba masanya Rafidah melepaskan jawatan kerana telah terlalu lama memegangnya dan peralihan kuasa selama tiga bulan selepas pemilihan Umno dilihat tidak releven, katanya.

Sebelum ini, Wanita Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang turut dilaporkan menyokong Shahrizat untuk bertanding jawatan ketua Wanita Umno Mac depan.



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner