Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saravanan sedia tanding timbalan presiden MIC
Diterbitkan:  Nov 24, 2008 12:00 PM
Dikemaskini: 6:14 AM

Ketua Penerangan MIC Datuk M Saravanan sedia bertanding mana-mana jawatan penting dalam parti itu, termasuk timbalan presiden, dalam pemilihan parti itu Jun tahun depan, asalkan mendapat sokongan padu dari anggota akar umbi.

m saravanan mic info chief "Kalaulah saya ditakdirkan dan dicalon untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu pun, saya tidak akan menolak kerana saya menghormati pilihan dan hasrat mereka," katanya.

Menurut Bernama , beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan bangunan Wisma Karate Negeri Kedah di Taman Nenas di Kulim semalam.

Terdapat ura-ura bahawa timbalan pesiden sekarang, Datuk N Palanivel akan dicabar dalam pemilihan parti akan datang.

Sementara itu, Saravanan yang juga timbalan menteri Wilayah Persekutuan berkata, MIC telah menyenaraikan nama 163 orang dari kalangan rakyat keturunan India yang pernah berjasa kepada negara dalam bidang sukan dan kerja amal sejak tahun 60-an tetapi tidak mendapat penghargaan sewajarnya daripada kerajaan.

Beliau berkata senarai tersebut telah diserahkan kepada menteri belia dan sukan untuk dipertimbangkan sebarang penghargaan.

ADS