10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Sokongan Wanita Umno Johor berpecah...
Muda Mohd Noor | Nov 26, 08 6:55pm

Selepas selesai mesyuarat bahagian pada 9 November lalu, hanya bahagian Kulai yang mencalonkan Datuk Shahrizat Abdul Jalil bertanding jawatan ketua pergerakan itu, manakala 25 lagi mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz.

Bagaimanapun, selepas Shahrizat mengumumkan akan mencabar Rafidah, kini lebih 10 ketua Wanita bahagian di Johor beralih sokongan kepadanya.

Menurut Naib ketua Wanita Umno Johor,  Senator Sharifah Azizah Syed Zain berkata kini jelas bahawa Wanita Umno negeri itu telah berpecah dua.

"Satu kumpulan kecil lagi yang dianggarkan tiga atau empat ketua Wanita bahagian, tidak menyebelahi mana-mana pihak," kata beliau yang juga exco Wanita Umno.

Oleh itu, katanya, adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa Wanita Johor memberi sokongan padu kepada Rafidah untuk mengekalkan jawatan ketua Wanita.

Menurutnya, kini hampir separuh ketua bahagian Wanita di Johor memberi sokongan kepada Shahrizat dan momentum ini dijangka kekal sehingga pemilihan Mac depan.

Sharifah Azizah berkata, sebenarnya banyak bahagian yang mahu mencalonkan Shahrizat untuk jawatan ketua Wanita tetapi tidak berbuat demikian kerana menghormati pelan peralihan kuasa pergerakan itu.

elepas 191 bahagian selesai bermesyuarat, Rafidah mendapat 118 pencalonan untuk mempertahankan jawatan ketua Wanita, manakala Shahrizat pula mendapat 73 pencalonan bagi jawatan tersebut.

"Kita mencalonkan Tan Sri Rafidah kerana Datuk Seri Shahrizat sendiri yang mahukan bahagian-bahagian Wanita Johor mencalonkan bekas menteri perindustrian dan perdagangan antarabangsa dan industri itu, untuk jawatan ketua Wanita," katanya.

Shahrizat sendiri, kata Sharifah Azizah, tidak mahu namanya dicalonkan untuk jawatan ketua Wanita kerana menghormati pelan peralihan kuasa dalam pergerakan tersebut, termasuk tiada pertandingan bagi jawatan ketua dan naib ketua.

"Ketika itu, semua ketua Wanita di Johor menyokong penuh peralihan kuasa antara Tan Rafidah dengan Datuk Seri Shahrizat kerana tidak ada calon lain yang bertanding jawatan naib ketua Wanita.

"Nama Datuk Kamalia Ibrahim yang menawarkan diri bertanding jawatan naib ketua Wanita sebenarnya bukan pilihan Wanita Umno," katanya lagi.



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner