Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein menjadi penyelamat kepada Datuk Mukhriz Mahathir hari ini berhubung kenyataan ahli Parlimen Jerlun itu mengenai sekolah vernakular yang telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Hishammuddin berkata, kenyataan Mukhriz telah disalahtafsir apabila beliau menyarankan di Parlimen Isnin lalu supaya sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan disepadukan ke dalam satu sistem.

Menurutnya, kenyataan Mukhriz mengenai "sekolah di bawah satu sistem" itu telah dijadi polemik oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang mendakwa ahli Parlimen Jerlun itu telah mencetuskan sentimen perkauman.

Menteri pelajaran itu menjelaskan bahawa sistem pendidikan mempunyai dua aliran - satu terdiri daripada sekolah kebangsaan dan satu lagi terdiri daripada sekolah Cina, Tamil, sekolah mubaligh dan sekolah agama.

Beliau berkata, profail pelajar sekolah vernakular juga tidak terhad kepada satu kaum atau agama sahaja, kerana kanak-kanak pelbagai agama turut belajar di sekolah terbabit.

Bercakap kepada media di lobi Parlimen hari ini, Hishammuddin berkata, motif kenyataan tersebut adalah untuk menggalakkan perpaduan tetapi ia telah disalahtafsir dan dikaitkannya dengan isu perkauman.

Menurutnya, saranan mengenai satu sistem pendidikan itu telah dibincangkan sejak merdeka lagi, yang dianggap sebagai sesuatu yang idealistik.

Bagaimanapun, katanya, bila dilihat dari kontaks sejarah negara, maka kedua-dua sistem pendidikan tersebut telah dikekalkan.

Baca berita penuh

ADS