Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rayuan kes Siti Fatimah keluar Islam ditangguh
Diterbitkan:  Dec 4, 2008 4:32 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang akan mendengar pada 7 dan 8 Januari depan rayuan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau

Pinang Mei lalu membenarkan seorang wanita keluar Islam.

siti fatimah tan abdullah tan ean huang MAIPP memfailkan rayuan tersebut Mei lalu terhadap keputusan mahkamah berkenaan membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, atau nama sebenarnya Tan Ean Huang keluar daripada agama Islam setelah mendapati wanita itu tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998.

Dalam prosiding hari ini, MAIPP menerusi peguam syarie, Ahmad Munawir Abdul Aziz, memaklumkan kepada mahkamah bahawa ia telah memfailkan satu rekod rayuan baru iaitu dokumen kaunseling yang bukan merupakan barang kes, yang tercicir daripada perbicaraan permohonan Siti Fatimah untuk keluar daripada agama Islam.

Ekoran itu, mahkamah menangguhkan kepada 7 dan 8 Januari depan untuk mendengar rayuan MAIPP bagi membolehkan Tan mendapatkan salinan rekod rayuan yang difailkan oleh majlis tersebut, lapor Bernama.

Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Yusop Che Teh, hari ini bersidang bersama Ketua Hakim Syarie/Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Ibrahim

Lembut dan Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Asri Abdullah untuk mendengar kes tersebut.

Mahkamah juga membenarkan plaintif dan responden untuk mengemukakan hujah masing-masing secara bertulis berhubung rekod yang difailkan oleh MAIPP itu.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 10 Julai 2006, Tan berkata, dia tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.

Tan, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.

Dalam tuntutannya Tan menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala dan mengikut ajaran agama asalnya, Buddha, dan masih memakan daging babi.

Pada prosiding hari ini, Tan yang berbaju merah jambu dan berskirt hitam, diwakili Peguam Syarie, Ahmad Jailani Abdul Ghani.

ADS