Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harun khianati parti, kata presiden Akim
Diterbitkan:  Jan 6, 2009 2:19 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Wakil parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad, yang menarik diri pada saat akhir sebelum mengemukakan

kertas pencalonan hari ini bagi bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu, bakal berdepan tindakan disiplin.

Presiden Akim, Hanafi Hamat, berkata Harun juga telah mengkhianati parti kerana menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS pada pilihanraya kecil itu, lapor Bernama

kuala terengganu by election nomination day 060109 akim candidate harun "Harun (foto) telah menghampakan harapan Akim apabila menarik diri tetapi lebih mengecewakan apabila menyokong pula PAS," katanya kepada Bernama di Kuala Krai hari ini.

Di pusat penamaan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu hari ini, Harun yang juga dikenali sebagai Abdul Rahman, membuat kejutan apabila mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihanraya kecil itu tanpa memberi alasan yang spesifik.

Beliau kemudiannya menyatakan sokongan kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut.

Pilihanraya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Mohd Abdul Wahid dan calon Barisan Nasional Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas, Azharudin Mamat. Pengundian ialah pada 17 Januari ini.

Hanafi berkata walaupun Harun bukan merupakan calon yang direstui pihaknya kerana ia diumumkan oleh kumpulan lain dalam Akim, itu tidak bermakna dia boleh bertindak sedemikian.

"Kerana kita tidak mahu perpecahan berlaku dalam parti, kita membuat keputusan supaya Harun diberi peluang bertanding tetapi tindakannya (menyokong calon PAS) tidak diterima oleh parti," katanya.

Hanafi berkata majlis tertinggi Akim akan mengadakan mesyuarat tergempar tidak lama lagi bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil terhadap Harun.

ADS