Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga calon pro-Mahasiswa UM tarik diri jadi tanda tanya

Tindakan tiga calon pro-Mahasiswa menarik diri pada saat-saat akhir untuk penamaan calon bagi pilihanrya kampus Universiti Malaya (UM) di Pusat Sukan dan Fakulti Kejuruteraan, telah menimbulkan tandatanya.

Seorang menarik malam tadi, seorang lagi menarik diri jam 2 pagi tadi manakala seorang lagi menarik diri kelmarin.

Dan tindakan mereka itu membolehkan calon pro-Aspirasi menang tanpa bertanding di dua kerusi Pusat Sukan.

Tetapi bagi kerusi di Fakulti Kejuruteraan, calon pro-Aspirasi masih perlu berdepan dengan dua lagi calon, termasuk seorang calon bebas.

um universiti malaya campus polls 140109 06 Ketua pengurus calon pro-Mahasiswa, Faisal Mustafa berkata, dua calon berkenaan memaklumkan perkara itu kepada pihaknya termasuk melalui panggilan telefon dan SMS.

Beliau berkata, dua calon berkenaan - seorang dari Pusat Sukan dan seorang lagi Fakulti Kejuruteraan - tidak memberi penjelasan mengenai tindakan drastik mereka itu.

Manakala yang seorang lagi - dari Pusat Sukan - memaklumkan bahawa mempunyai komitmen lain kerana perlu memberi tumpuan sebagai wakil Malaysia dalam sukan bolasepak.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan indentiti calon terbabit untuk mengelakkan kedua-duanya mendapat malu.

Bagaimanapun, berdasarkan keputusan tidak rasmi, pro-Mahasiswa turut memenangi dua kerusi dalam pilihanraya kampus itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Faisal berkata, tindakan mereka menarik diri pada saat akhir menyebabkan kumpulan pro-Mahasiswa sukar mencari calon ganti.

Ditanya sama ada kedua-dua calon itu 'telah dibeli', Faisal berkata beliau tidak tahu menahu mengenainya.

ADS