Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) semalam menarik perhatian umum apabila tiada pihak yang bertanding mendapat kerusi majoriti untuk menubuhkan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM).

universiti malaya um campus election 200109 aspirasi waiting for result Dalam pilihanraya itu, kumpulan pro-Aspirasi gagal mempertahankan penguasaan mereka apabila mendapat 20 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala lawan mereka, pro-Mahasiswa pula mendapat 19 kerusi.

Dan dua lagi kerusi dimenangi oleh calon Bebas yang menjadi penentukan siapakah yang bakal menubuhkan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM).

Pagi tadi, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa mereka mempunyai majoriti kerana mendapat sokongan dua calon bebas tersebut.

Bagaimanapun, petang ini, dua calon bebas tersebut mengeluar kenyataan menafikan mereka memihak sama ada kepada pro-Mahasiswa ataupun pro-Aspirasi

Mereka juga menafikan pernah membuat sebarang perjanjian untuk menyokong pro-Mahasiswa jika mereka menang dalam pilihanraya kampus kali ini.

Tidak cukup kerusi

Sebaliknya, mereka berkata, akan menemui pengundi mereka di Fakulti Undang-undang untuk menentukan pendirian mereka dalam isu tersebut.

universiti malaya um campus election 190109 10 Sementara itu, walaupun pro-Mahasiswa menambah lapan kerusi berbanding 11 kerusi yang dimenanginya sesi lalu, namun ia tidak mencukupi untuk menubuhkan kabinet MPPUM.

Pada umumnya, kejayaan Pro-Mahasiswa ) menambah lapan kerusi di UM berdasarkan empat agenda perubahan dan peningkatan sokongan mahasiswa.

Calon umum pro-Mahasiswa yang bertanding pada sesi ini, Mohd Ridhuan Mohamad berkata mereka menawarkan empat agenda utama kepada untuk mahasiswa.

Agenda perubahan tersebut meliputi dari segi akademik, semangat perpaduan, kebajikan mahasiswa dan kepimpinan pimpinan Mahasiswa.

Mohd Ridhuan berkata pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk meralisasika harapan naib canselor baru yang mensasarkan UM di kedudukan 200 universiti terbaik di dunia.

"Kita akan membantu dengan mengadakan program ilmiah, termasuk pertukaran pelajar dengan universiti terkenal di dunia," katanya.

Sokongan bertambah

Beliau juga berkata pro-Mahasiswa juga mahu menjadikan asas penubuhan UM sebagai acara tahunan untuk disambut oleh semua kaum agar kesatuan dan perpaduan kaum itu dapat dipupuk.

universiti malaya um campus election 200109 mohd ridzuan mohammad Mereka juga turut memperjuangkan untuk menjaga kebajikan terutama aspek keselamatan mahasiswi luar kampus yang menghadiri kelas malam.

Maka tidak hairan apabila kira-kira 2,800 pelajar mahasiwa luar kampus, hampir keseluruhannya mengundi mereka dalam pilihanraya kampus pada tahun ini.

Mohd Ridhuan juga menjelaskan mereka juga mendapat undi simpati dari penghuni kolej kediaman di kampus tersebut.

Menurut Mohd Ridhuan lagi, walaupun pada tahun ini, peratusan mahasiswa yang keluar mengundi menurun kira-kira 3.7 peratus, berbanding 70 peratus tahun lalu, tetapi tiga kolej kediaman - 8,10 dan 11 - mengekalkan sokongan mereka kepada pro-Mahasiswa.

Di samping itu, penghuni kolej-kolej kediaman yang dahuluinya kubu kuat pro-Aspirasi (kini Penggerak Mahasiswa), juga kali ini condong kepada pro-Mahasiswa.

Beliau memberi contoh kolej Kediaman Ke-9 di mana pro-Mahasiswa mendapat pertambahan sokongan berbanding tahun lalu.

ADS