Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Defisit terus naik selepas pakej rangsangan kedua
Diterbitkan:  Jan 29, 2009 2:24 PM
Dikemaskini: 6:36 AM

Defisit belanjawan negara akan terus meningkat dari 4.8 peratus sekarang ini sebaik sahaja pakej rangsangan kedua diumumkan, kata timbalan perdana menteri.

"Ia (defisit fiskal) bergantung kepada suntikan dana fiskal yang akan dilakukan. Sekarang ini, defisit fiskal ditetapkan 4.8 peratus berasaskan pakej rangsangan RM7 bilion (yang diumumkan tahun lepas)," kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau, yang juga menteri kewangan, berkata kerajaan sedang merancang pakej kedua dan kenaikan defisit itu bergantung kepada jumlah suntikan dana melalui pakej kedua, lapor Bernama .

Kerajaan turut mengambil kira keperluan defisit itu agar tidak terlalu tinggi, katanya kepada selepas melancarkan model baru kereta Peugeot 308.

Najib bagaimanapun enggan menyatakan bila pakej kedua itu akan diumumkan.

"Saya sedang mengusahakannya. Saya akan memberitahu anda," katanya, dengan menambah, angka defisit belanjawan itu akan diumumkan semasa membentangkan pakej kedua nanti.

Mengulas rangsangan awal, menurut agensi berita itu lagi, Najib berkata lebih 70 peratus daripada RM7 bilion telah diagih-agihkan.

Sebanyak 2,224 projek pendidikan bernilai RM200 juta bagi menaik taraf pemulihan dan penyelenggaraan dan 2,443 projek berkaitan kesihatan bernilai RM200 juta telah diberikan untuk dilaksanakan di seluruh negara, katanya.

ADS