| Page 1 - 20 of 341 |
| Lim: Orkestra filharmonik satu pembaziran |
| Fauwaz Abdul Aziz | May 13, 08 9:08pm |
| Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata sjak 10 tahun orkestra itu ditubuhkan, kos pembiayaan orkestra tersebut berjumlah RM500 juta. |
|
| Abim: Cari formula tangani isu murtad |
| May 13, 08 7:16pm |
| Presidennya, Yusri Mohamad berkata usaha itu menuntut suatu proses 'ijtihad kolektif; yang melibatkan ahli-ahli fatwa dan pakar-pakar perundangan dalam bidang yang terbabit. Juga mengambilkira pandangan semua pihak yang berkaitan dan berminat, termasuk yang bukan Islam. |
|
| Memang ada pemimpin 'dua wajah' |
| Abdul Rahim Sabri | May 13, 08 6:43pm |
| Memang ada pemimpin Umno yang bersikap "dua wajah" apabila bercakap berbeza di dalam dan luar parti seperti tuduhan presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin. |
|
| Adun Pakatan lompat parti? |
| Andrew Ong | May 13, 08 5:20pm |
| Ahli dewan undangan negeri (Adun) Hee Yit Fong dari DAP tidak menolak atau menafikan khabar angin bahawa beliau akan melompat menyertai Barisan Nasional (BN). |
|
| Bantah Bernas dikuasai syarikat asing |
| Siti Nurul Zahra Hamdan | May 13, 08 5:09pm |
| Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) membantah Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dikuasai syarikat asing kerana mereka hanya mementingkan keuntungan tanpa mempedulikan kepentingan rakyat negara ini. |
|
| Muhd Taib: Calon antara punca kalah teruk |
| Muda Mohd Noor | May 13, 08 4:18pm |
| eksklusif Ketua penerangan Umno berkata, kerana masalah tersebut, ada kawasan yang sepatutnya dimenangi oleh calon BN, telah jatuh ke tangan pembangkang. |
|
| Lim: Saya ketepikan arahan bapa saya... |
| Beh Lih Yi & Steven Gan | May 13, 08 3:50pm |
| Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP, mendedahkan bahawa beliau telah campurtangan untuk mengenepikan arahan bapanya, Lim Kit Siang, berhubung isu pemulauan majlis angkat sumpah jawatan menteri besar Perak yang disandang oleh wakil rakyat PAS. |
|
| Polis nafi Karpal Singh ditahan |
| May 13, 08 3:04pm |
| Pemangku ketua polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid menafikan khabar angin kononnya pengerusi DAP Karpal Singh ditahan polis hari ini. |
|
| S'jaya anti-rasuah tidak khusus bawah Parlimen |
| May 13, 08 2:45pm |
| Parlimen Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia (SARM) yang akan ditubuhkan kelak, tidak akan diletakkan secara khusus di bawah tanggungjawab Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. |
|
| 'Langgar MT, rugi masa lantik Zaid' |
| Jimadie Shah Othman | May 13, 08 2:45pm |
| Hasrat mengembalikan kepemimpinan Datuk Zaid Ibrahim di bahagian Kota Bharu dianggap melanggar keputusan Majlis Tertinggi Umno dan beliau wajar menunggu pemilihan bahagian yang dijadual Julai ini. |
|
| Skuad intip: Liow, Wee nafi terbabit |
| May 13, 08 1:21pm |
| Dua pemimpin MCA itu yang dinamakan semalam sebagai sebahagian daripada 'skuad pengintip' MCA, menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan bermotifkan politik. |
|
|
|
| Beras: Fomca syor empat tindakan |
| May 13, 08 12:48pm |
| Bekalan beras yang mencukupi dan harga yang berpatutan haruslah berada dalam satu mekanisme bersepadu bagi memastikan krisis makanan ruji negara ini tidak menjadi semakin parah, kata Fomca. |
|
| Saranan gubal undang-undang murtad |
| May 13, 08 12:13pm |
| Pemuda PAS Johor menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membenarkan permohonan seorang mualaf keluar Islam pada 8 Mei lalu sebagai memeranjatkan umat Islam di negara ini. |
|
| Dakwa tahanan ISA isu senjata nuklear |
| Abdul Rahim Sabri | May 12, 08 9:34pm |
| Kerajaan didesak mendakwa seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikatakan terlibat dalam skandal membekalkan komponen untuk penghasilan uranium, bahan utama projek senjata nuklear. |
|
| Dewan tolak usul krisis di Burma |
| Siti Nurul Zahra Hamdan | May 12, 08 9:21pm |
| Usul tergempar mengenai krisis kemanusiaan di Burma akibat taufan Narjis yang dibawa oleh ketua pembangkang ditolak Dewan Rakyat hari ini. |
|
| PKR main teka-teki isu lompat parti |
| Jimadie Shah Othman | May 12, 08 8:42pm |
| Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki berhubung jumlah ahli parlimen BN yang akan melompat parti dan tarikh sebenar peristiwa besar itu akan terjadi. |
|
| Tsunami politik landa Sabah jika... |
| Muda Mohd Noor | May 12, 08 6:41pm |
| Jika kerajaan pusat terus menganaktirikan Sabah dan mengabaikan tuntutan parti-parti komponen BN negeri itu, tsunami politik akan berlaku di kalangan ahli parlimen di negeri tersebut. |
|
| Tiada Anwar, tiada Pakatan Rakyat |
| Muda Mohd Noor | May 12, 08 5:15pm |
| Seorang pemimpin Pemuda Umno meramalkan Pakatan Rakyat tidak akan bertahan lama kerana parti-parti gabungannya mempunyai ideologi yang sangat berrbeza antara satu sama lain. |
|
| Anwar: Dakwa individu kes video Lingam |
| Jimadie Shah Othman | May 12, 08 5:01pm |
| Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam skandal kehakiman seperti dirumus oleh suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam. |
|
|
|