Page 1 - 20 of 349
Perisikan tentera nafi beri maklumat pada Anwar
Jul 4, 08 9:32pm
Perisikan tentera hari ini menafikan memberi sebarang maklumat kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai wujudnya ancaman bunuh terhadap Anwar dan anggota keluarganya.
Samy guna jalan ladang elak diserbu
Jul 4, 08 6:27pm
Presiden MIC, Datuk Seri S samy Vellu dilaporkan terpaksa menggunakan jalan ladang untuk mengelak diserbu sekumpulan 100 orang yang mahukan penjelasan mengenai isu saham Maika Holding.
Peguam: Akuan berkanun dibuat secara sukarela
Jimadie Shah Othman | Jul 4, 08 5:44pm
Peguam Americk Singh Sidhu menafikan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun secara paksa.
Putera Umno dakwa Anwar 'samseng jalanan'
Abdul Rahim Sabri | Jul 4, 08 5:14pm
Putera Umno menyokong kenyataan Mufti Perlis yang meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat - Anwar dan Saiful Bukhari Azlan - supaya ‘bermubahalah' atau bersumpah.
Polis siasat kedua akuan berkanun Bala
Jul 4, 08 2:56pm
Polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Dua ditahan berceramah di Masjid Kpg Baru
Muda Mohd Noor | Jul 4, 08 2:41pm
Polis menahan dua orang yang berceramah meminta orang ramai menghadiri perhimpunan sejuta rakyat Ahad ini bagi membantah kenaikan harga minyak.
27 NGO bantah guna tentera kawal perhimpunan
Abdul Rahim Sabri | Jul 4, 08 12:59pm
Menurut mereka, cadangan tersebut akan memberi gambaran yang salah kepada  rakyat Malaysia dan dunia amnya, seolah-olah negara dalam keadaan krisis atau berdepan dengan perpecahan.
Petisyen p'raya Kuala Kangsar ditolak
Jul 4, 08 12:00pm
Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen pilihanraya yang mencabar kemenangan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa Bangsa dan Industri, Rafidah Aziz bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Perhimpunan berpindah ke Stadium Kelana Jaya
Jimadie Shah Othman | Jul 4, 08 11:24am
Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya.
Bala tarik balik akuan berkanun
Jul 4, 08 11:18am
Dikemaskini Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila mendakwa beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.
PM: Negara stabil, aman dan selamat
Jul 3, 08 9:34pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata rakyat tidak perlu bimbang dan jangan percaya dengan khabar angin yang mendakwa negara kini dalam keadaan darurat.
Najib: Pembohongan yang dahsyat
Muda Mohd Noor | Jul 3, 08 7:55pm
Datuk Seri Najib Razak menyifatkan akuan berkanun yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibu sebagai "pembohongan yang sangat dahsyat, rekaan, berniat jahat dan fitnah".
Najib mengaku jumpa Saiful
Muda Mohd Noor | Jul 3, 08 7:38pm
Timbalan perdana menteri mengaku bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UTM akan dapat maklumat kedutaan
Jul 3, 08 7:11pm
Berhubung dakwaan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang ditahan di selatan Thailand Sabtu lalu merupakan pelajarnya.
Lim: Najib perlu bercuti...
Jul 3, 08 5:45pm
Sehinggalah semua persoalan yang membabitkan kredibilitinya, khususnya berhubung dengan akuan berkanun penyiasat persendirian P Balasubramaniam, berkaitan hubungannya dengan Altantuya Shaariibuu, disiasat dan nama beliau dibersihkan.
100 NGO serah memo pada Sultan S'gor
Jul 3, 08 5:24pm
Sekumpulan NGO di Selangor menyerahkan memorandum kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu dalam hal-ehwal Islam.
Usaha singkir penyokong Idris?
Muda Mohd Noor | Jul 3, 08 5:06pm
Rombakan badan perhubungan Umno Terengganu semalam memberi isyarat bahawa para penyokong kuat Datuk Seri Idris Jusoh semakin dipinggirkan daripada arus politik negeri tersebut.
Polis: Jangan sertai himpunan Ahad
Jul 3, 08 4:42pm
Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, jika masih ingin meneruskannya, ia boleh dipindahkan ke lokasi lebih sesuai seperti Stadium Shah Alam atau Stadium Malawati di Shah Alam.
Pelajar UTM ditahan di selatan Thai
Jul 3, 08 3:41pm
Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang ditahan di Sungai Golok, Narathiwat Sabtu lalu dan disyaki mempunyai hubungan dengan militan selatan, adalah pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor.
Anwar: Tubuh s'jaya siasatan diraja
Jimadie Shah Othman | Jul 3, 08 3:23pm
kemaskini 7:15pm Ketua umum PKR mendakwa, pendedahan P Balasubramaniam mempunyai implikasi serius terhadap pentadbiran kehakiman negara apabila integriti polis, pejabat peguam negara dan kehakiman tercemar.
Page:
1