Page 1 - 20 of 337
Ahmad: Saya sanggup hadapi risiko
Sep 8, 08 9:11pm
Demi martabat Melayu, ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berkata beliau tidak akan memohon maaf dan sanggup menghadapi risikonya.
Saingan sengit jawatan Umno di Kedah
Abdul Rahim Sabri | Sep 8, 08 6:38pm
Tinjaun Malaysiakini di lima bahagian Umno di Kedah - Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Jerai dan Sungai Petani - mendapati banyak jawatan utama dipertandingkan dan persaingannya dijangka sengit.
Permohonan habeas corpus 5 pemimpin Hindraf ditolak
Sep 8, 08 5:35pm
Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan habeas corpus oleh lima pemimpin Hindraf yang kini ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting bagi membebaskan mereka daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Peguam: Ramlang nafi liabiliti
Jimadie Shah Othman | Sep 8, 08 4:38pm
Berhubung laporan dalam Suara Keadilan, rakaman video temuramahnya dengan Suara Keadilan Online serta sebuah artikel dalam mingguan Siasah.
Chua Jui Meng tanding presiden MCA
Sep 8, 08 4:16pm
Bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng bersedia mencabar Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat, yang juga Naib Presiden MCA, dalam perebutan jawatan Presiden MCA pada pemilihan parti, dijadual pada 18 Oktober depan.
Pakatan dakwa Umno semarak politik perkauman
Sep 8, 08 3:36pm
Sehubungan itu, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membantah ucapan yang dibuat oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin Umno Pulau Pinang.
Guan Eng jawab Hisham
Sep 8, 08 3:16pm
Mengenai tapak untuk membina Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang kerajaan negeri janjikan.
Ramlang kembali bertugas hari ini
Jimadie Shah Othman | Sep 8, 08 2:19pm
Dikemaskini Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah kembali bertugas hari ini selepas bercuti sejak sebelum pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Dewan Ulama tolak tanggapan Mat Sabu
Jimadie Shah Othman | Sep 8, 08 1:10pm
Dewan Ulama PAS menolak tanggapan bahawa kepimpinan golongan tersebut, terutamanya golongan muda di bawah 40 tahun,  kurang berkesan dan tidak menguasai ilmu-ilmu kontemporari.
49 MP BN ke Taiwan mulai hari ini
Sep 8, 08 12:26pm
Seramai 41 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan berlepas ke Taiwan hari ini untuk mempelajari teknologi pertanian di Taiwan. Lapan orang lagi akan ke sana esok.
Mahkamah batal kemenangan Kurup
Sep 8, 08 11:20am
Dikemaskini Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihanraya umum 8 Mac lalu, batal dan tidak sah.
DAP tolak kemasukan MP BN kerana wang, kuasa
Sep 8, 08 10:22am
Penasihatnya Lim Kit Siang berkata parti itu hanya akan menerima kemasukan wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat jika mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membela nasib rakyat, dan bukannya atas dasar perjuangan 'periuk nasi politik' mereka.
BN perlu kembali kepada perjuangan asas
Sep 8, 08 10:11am
Timbalan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tugas utama kepimpinan BN sekarang ialah berusaha mengukuhkan parti dengan mengutamakan titik persamaan dan bukan mencari titik perbezaan di kalangan mereka.
PM: Jangan sensasi isu timbul keresahan kaum
Sep 6, 08 11:49pm
Perdana Menteri berkata ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail telah menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan berdasarkan fakta sejarah dan bukannya berunsur perkauman seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.
MCA: Calon presiden menang besar
Sep 6, 08 11:39pm
Hampir semua calon "Pemuda dan Wanita presiden" menang mudah walaupun sesetengahnya menjangkakan persaingan sengit di negeri seperti Johor dan Perak, tetapi perkara itu tidak menjadi kenyataan.
Mat Sabu: Anwar hanya berkesan tarik undi bukan Melayu...
Jimadie Shah Othman | Sep 6, 08 9:39pm
Dikemaskini Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  hanya berkesan mengubah undi bukan Melayu, tetapi kurang berkesan di kalangan orang Melayu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Mukhriz mahu selamat Umno
Sep 6, 08 7:27pm
Demi untuk menyelamat dan memperkasakan semula Umno, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk dipilih sebagai ketua Pemuda Umno Malaysia Disember ini.
Dr Tan umum sertai PKR hari ini
Muda Mohd Noor | Sep 6, 08 4:48pm
Bekas Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Tan Kee Kwong, 61, menyertai PKR kerana hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN), Gerakan dan Umno.
Menteri: Umat Islam tidak akan berdiam diri...
Sep 6, 08 4:40pm
Tindakan empat agensi Islam membuat laporan polis terhadap penulis blog "Malaysia Today" Raja Petra Kamaruddin adalah bukti umat Islam tidak akan berdiam diri dengan penghinaan yang dibuat terhadap agama itu termasuk melalui laman blog di internet, kata Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pemuda MCA Perak pula gesa parti keluar BN
Sep 6, 08 4:31pm
Pemuda MCA Perak hari ini menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasion(BN) sekiranya para pemimpin Umno, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap.
Page:
1