Page 201 - 220 of 331
MB Kedah: Siapa kata kami tiada wang?
Muda Mohd Noor | Jun 19, 08 2:24pm
Walaupun dianggap negeri miskin tetapi Kedah sehingga ini tidak mempunyai sebarang masalah kewangan kerana mengamalkan pendekatan perbelanjaan secara berhemah, kata Menteri Besar, Azizan Abdul Razak dalam wawancara sempena 100 hari PAS mentadbir Kedah.
Tiada MP, Adun dilantik ahli PBT S'gor
Jimadie Shah Othman | Jun 19, 08 1:26pm
Kontrak pelantikan ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor adalah untuk tempoh setahun sahaja. Jika prestasi memuaskan, kontrak mereka disambung dua tahun lagi.
Keputusan SAPP tidak sebulat suara?
Jun 19, 08 12:45pm
Timbalan Presiden, Raymond Tan berkata tindakan untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri, tidak dibincangkan dalam majlis tertinggi parti dan mendakwa ia adalah tindakan Yong sendiri.
Isu SAPP: BN adakan mesyuarat tergempar
Jun 19, 08 12:33pm
Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putraja pada jam 2.30 petang ini.
PGK harus ambil kira kenaikan harga
Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 19, 08 12:18pm
Pensyarah Ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Husin Baharuddin berkata pengiraan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), tidak perlulah diubah, selagi ia disesuaikan mengikut kadar semasa tingkat harga dan kemewahan negara.
Lot 25: DBKL bina pusat perniagaan sementara
Abdul Rahim Sabri | Jun 19, 08 11:33am
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk membina pusat perniagaan sementara bagi menempatkan para peniaga di Lot 25 Pasar Minggu Kampung Baru yang diarahkan berpindah dari situ.
Pelajar India ke IPTA bertambah
Abdul Rahim Sabri | Jun 18, 08 9:48pm
Mereka adalah antara 40,184 calon yang dipilih tahun ini untuk mengikuti program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun ini.
Shahrir tidak yakin Anwar boleh tubuh k'jaan
Muda Mohd Noor | Jun 18, 08 9:14pm
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad tidak yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menubuhkan kerajaan baru selepas 16 September ini.
Isu minyak: Jawapan presiden Petronas
Jun 18, 08 9:00pm
Berapa lama agaknya keadaan pasaran dengan harga yang tinggi ini. Bilakah agaknya pasaran akan menjadi normal balik?
Tiada rancangan piket, kata kesatuan TNB
Muda Mohd Noor | Jun 18, 08 8:36pm
Ketiga-tiga persatuan sekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai rancangan untuk mengadakan piket sementara menunggu jawapan balas pihak pengurusan berhubung terhadap tuntutan serta penolakan mereka terhadap tawaran pelarasan kenaikan gaji kakitangan.
MCA, MIC ikrar sokong PM
Jun 18, 08 6:55pm
Sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee hari ini BAHAWA dua ahli Parlimennya akan menyokong usul  tidak percaya terhadap perdana menteri dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.
Konsert: Sultan akan temui Pemuda PAS
Jimadie Shah Othman | Jun 18, 08 6:18pm
Sultan Selangor telah menyatakan persetujuan baginda untuk bertemu Dewan Pemuda PAS negeri itu bagi membincangkan bantahan dewan tersebut terhadap konsert Ella dan Mas Idayu Julai ini.
Biar cawangan calon presiden, kata Mukhriz
Jun 18, 08 5:11pm
Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan setiap cawangan Umno yang bermesyuaratnya Julai ini, mengusulkan senarai pemimpin pilihan mereka di peringkat nasional - dari presiden, timbalan, naib-naib presiden, majlis tertinggi serta kepimpinan tertinggi Wanita, Pemuda dan Puteri.
S'gor bagi beras percuma Jumaat ini
Jimadie Shah Othman | Jun 18, 08 3:56pm
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan membahagikan beras, susu dan gula secara percuma mulai Jumaat kepada rakyat Selangor yang berpendapat di bawah RM1,500 sebulan, sempena sambutan 100 hari pentadbirannya.
Gaji: Kesatuan TNB rancang piket
Muda Mohd Noor | Jun 18, 08 3:11pm
Kesatuan Pekerja Tenaga Nasional Berhad sangat kecewa dengan tindakan syarikat tersebut yang hanya menawarkan pelarasan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus kepada kakitangannya.
Mukhriz: Mungkin ada unsur sogokan
Jun 18, 08 2:34pm
Ahli Parlimen Jerlun itu berkata usaha Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Pakatan Rakyat mungkin mempunyai unsur-unsur sogokan supaya mereka melompat parti.
Usul tidak percaya terhadap PM
Jun 18, 08 2:04pm
Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) - salah sebuah parti komponen BN di negeri itu - akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.
DUN Sanglang diisytihar kosong
Jun 18, 08 12:48pm
Dikemaskini Selepas Mahkamah Tinggi Kangar menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihanraya PAS bagi kerusi itu.
Pemuda PAS S'gor perjelas 'skuad berani mati'
Jimadie Shah Othman | Jun 18, 08 12:31pm
Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini memperjelaskan isu berhubung cadangannya untuk menubuhkan skuad berani mati atau lebih dikenali sebagai pemuda Kahfi.
SAPP akan buat pengumuman penting
Jun 18, 08 11:52am
Parti Progresif Sabah (SAPP) dipercayai akan mengumumkan satu keputusan penting yang akan memberi impak besar terhadap masa depan Barisan Nasional (BN).
Page:
11