Page 101 - 120 of 331
KDEB: Penjelasan adik Anwar Ibrahim
Jun 28, 08 1:58pm
Rusli Ibrahim - adik kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - menjelaskan bahawa pelantikannya sebagai penasihat khas kepada presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) adalah tanpa pengetahuan Anwar dan Tan Sri Khalid Ibrahim.
S'gor gugurkan naib canselor Unisel
Jun 27, 08 10:48pm
Menteri besar Selangor menamatkan khidmat naib canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus mulai hari ini.
Yahya: Isu akaun PKR tidak benar
Muda Mohd Noor | Jun 27, 08 7:15pm
dikemaskini Bekas pegawai tugas-tugas khas menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri menjelaskan bahawa akaun kedua untuk memungut derma kepada PKR "tidak wujud".
Ketua Pemuda MIC Kedah letak jawatan
Jun 27, 08 6:46pm
Ketua Pemuda MIC Kedah dan tiga pemimpin pergerakan itu meletak jawatan sebagai membantah tindakan mengarahkan ketua Pemuda MIC, S A Vigneswaran berundur.
Syabas bincang niat naikkan tarif air
Jun 27, 08 6:37pm
Sebelum ini, akhbar melaporkan pengguna air di Lembah Klang dijangka berhadapan dengan kenaikan sebanyak 37 peratus iaitu RM1.90 bagi setiap meter padu mulai tahun depan.
Pemuda: Tiada saingan proksi di Arau
Abdul Rahim Sabri | Jun 27, 08 6:33pm
Ketua Pemuda Umno Arau menafikan wujudnya persaingan proksi dalam parti itu di Perlis antara kumpulan menteri besar dengan ketua perhubungan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Gerakan rayu teruskan monorel, PORR
Jun 27, 08 5:59pm
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon merayu perdana menteri agar menimbang semula peruntukan untuk memulakan pengambilan balik tanah bagi projek monorel dan Jalan Lingkaran Luar (PORR).
50 saja demo anti-harga minyak
Muda Mohd Noor | Jun 27, 08 5:21pm
Kira-kira 50 orang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang diadakan di Masjid Negara di ibu negara selepas solat Jumaat tengah hari ini.
Karpal: Beri Dr M peluang bela diri
Jun 27, 08 4:48pm
Pengerusi DAP itu berkata, Hakim Ian Chin harus mempunyai keberanian untuk membuat dakwaan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa berselindung di sebalik imuniti mahkamah.
Dr Hassan tidak tahu 'tabung politik'
Muda Mohd Noor | Jun 27, 08 3:54pm
Datuk Dr Hassan Ali mendakwa tidak tahu-menahu mengenai kewujudan tabung kedua iaitu tabung politik untuk memungut derma sempena sambutan 100 hari kerajaan Selangor, 20 Jun lepas.
Wakil PAS juga pertikai pelan KL
Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 27, 08 3:29pm
Ahli parlimen Titiwangsa mempertikaikan draf Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur 2020, antaranya isu pembangunan Kampung Baru yang kelihatan sudah dirancang dengan muktamad.
Anifah: Saya masih yakin dengan BN
Jun 27, 08 3:23pm
Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman berkata tidak perlu beliau mengetuai kumpulan "ahli parlimen bebas" dari Sabah dan Sarawak untuk mendesak perubahan politik di negara ini.
Indonesia digesa bantah usir PATI
Jun 27, 08 12:38pm
Migrant CARE menggesa Indonesia supaya menghantar nota diplomatik kepada Malaysia membatalkan rancangan operasi pengusiran buruh tanpa izin dari republik tersebut.
Shahidan dicabar kumpulan pro-MB?
Abdul Rahim Sabri | Jun 27, 08 11:55am
kemaskini 6:37pm Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan adiknya akan dicabar dalam pemilihan Umno Arau masing-masing bagi jawatan ketua dan timbalan bahagian tersebut.
K'jaan diingatkan jangan ulangi kesilapan
Jun 27, 08 11:21am
Gerakan mahu kerajaan memberi penekanan kepada pelaksanaan projek dalam RMK9 supaya tidak diulangi kesilapan di mana jutaan ringgit dibelanja untuk membina sekolah dan makmal komputer yang bocor bumbung dan tanpa bekalan elektrik.
SAPP kena 'surat tunjuk sebab'
Abdul Rahim Sabri | Jun 26, 08 11:08pm
dikemaskini SAPP diberikan surat tunjuk sebab - kenapa tidak boleh dikenakan tindakan disiplin - dalam masa 30 hari susulan keputusan parti itu cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.
Bukti wang S'gor masuk akaun PKR
Fathi Aris Omar & Muda Mohd Noor | Jun 26, 08 7:23pm
eksklusif Bekas pegawai kanan didakwa menunjukkan resit dan akaun penerimaan wang derma yang dimasukkan ke akaun PKR sehingga mencetuskan kontroversi dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.
Adun BN Perak buat laporan polis
Jun 26, 08 7:03pm
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis hari ini kerana mendakwa diugut oleh seorang lelaki yang dipercayai pemandu kepada Exco kerajaan negeri Perak.
Izzah: Pelan KL langgar 'banyak' akta
Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 26, 08 6:27pm
dikemaskini DBKL dipertikaikan kerana mengeluarkan draf Pelan Induk Pembangunan KL 2020 yang didakwa melanggar "begitu banyak" undang-undang dan peraturan.
Ekuiti korporat bumi hanya naik 0.5%
Jun 26, 08 6:13pm
Pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat meningkat kepada 19.4 peratus (2006), berbanding 18.9 peratus pada 2004.
Page:
6