thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Bukan Faiz biasa

Tiada yang lebih membangga dan membahagiakan daripada dapat mengharumkan nama negara di persada dunia, sekaligus membanggakan rakyat Malaysia.

Tanpa banyak mendapat liputan media sebelum Februari 2016, nama Faiz Subri tidaklah segah mana, jauh sekali dibandingkan dengan pemain bola sepak antarabangsa.

Namun sejak melakukan tendangan unik di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang nama Faiz mula diperkatakan. Ia menjadi lebih 'panas' selepas disahkan tercalon untuk Anugerah Puskas 2016.

Pada awal pagi semalam, semuanya sudah terlakar sebagai sejarah. Bapa kepada Akif Fayyad, 4, dan
Aqil Zayyan, 8 bulan, itu mendapat hampir 60 peratus undian peminat di seluruh dunia mengalahkan pencabar lain.

Faiz disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) setibanya dia dari Zurich, Switzerland petang ini.