thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Rotan patah di Taman Jaya

Ketika lautan manusia berhimpun di ibu negara, di Petaling Jaya, kota bersebelahannya, lain pula gambarannya.

Sekumpulan aktivis pelbagai kaum yang menentang usaha menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah berkumpul di Taman Jaya dengan rotan di tangan.

Di akhir acara, rotan – yang menurut mereka lambang penindasan – dipatahkan bagi menyampaikan mesej kepada 222 anggota parlimen supaya membantah pindaan itu.