thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Kepada Tuhan kita memohon

Sebahagian daripada ribuan umat Islam yang berdoa selepas mengadakan solat hajat di Masjid Sultan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini.

Solat hajat itu diadakan sempena ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara ekoran pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Januari lalu.

Sebelum ini ada 11 rakyat Malaysia tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara. Bagaimanapun, semalam dua daripada mereka yang berkhidmat dengan PBB dibenarkan meninggalkan negara berkenaan dan berlepas ke Beijing, China.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua masjid dan surat seluruh Malaysia mengadakan solat hajat dan mendoakan kesejahteraan mereka yang masih dilarang meninggalkan Korea Utara.

Solat hajat turut diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dan disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Jamil Khir.