thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Gembira tak terkata

Hampir 60 pelajar Sekolah Menengah Seri Puteri di Cyberjaya, Selangor memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2016 selepas keputusan peperiksaan itu diumum hari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan seramai 434,535 calon mendaftar bagi peperiksaan itu di 3,732 pusat di seluruh negara.

Ia termasuk 7,931 calon sekolah menengah agama negeri dan 12,847 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian. Seramai 25,713 lagi adalah calon persendirian.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata 41 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi berbanding 28 yang menurun, manakala empat yang lain tidak berubah.