thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Hendak seribu daya

Skuad Harimau Malaysia kini sibuk mempersiapkan diri menjelang perlawanan persahabatan menentang Filipina pada 22 Mac ini.

Kepulangan ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee dari menuntut ilmu di London dilihat dapat memberi sentuhan dan semangat baru selepas hampir empat bulan tidak bersama anak buahnya.

Jurulatih kelahiran Melaka itu menegaskan, banyak yang dipelajarinya sepanjang berguru dengan kelab Queens Park Rangers (QPR) sejak 7 Februari hingga 8 Mac lalu.

Skuad kebangsaan juga bakal berdepan cabaran Korea Utara dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 pada 8 Jun.