thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Milik siapa kucing ini?

Walaupun menerima banyak kecaman daripada masyarakat sekeliling, ia tidak mematahkan semangat Norashikin Ahmad untuk terus menyelamatkan dan memberi perlindungan kepada kira-kira 150 ekor kucing dan 50 anjing terbiar.

Kisah Norashikin, 24 atau lebih dikenali sebagai Shikin mula mendapat perhatian netizen apabila gambarnya menyelamatkan seekor anjing yang terjatuh dalam sebuah longkang, menjadi tular beberapa minggu lalu.

Shikin membina sebuah pusat perlindungan berhampiran rumahnya di Alor Gajah, Melaka dan di situlah dia membelai haiwan-haiwan berkenaan dengan penuh kasih sayang.

Sepanjang terlibat menjaga haiwan berkenaan sejak tiga tahun lalu, Shikin mengakui menerima pelbagai sindiran dan cemuhan daripada orang kampung. Malah mereka juga cuba memboikot gerai ibunya.

[Baca berita penuh]