thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Uji rohani, uji jasmani

Triatlon bukan sahaja menguji tahap fizikal seseorang peserta, malah juga mentalnya.

Pendek kata, ia sukan untuk atlet serba boleh apabila peserta harus menyempurnakan pertandingan dengan berenang, berbasikal dan berlari.

Seramai 1,382 penggemar sukan triatlon ikut serta dalam kejohanan Triatlon Antarabangsa Port Dickson di Negeri Sembilan baru baru ini.

Kejohanan dua hari itu turut menarik perhatian atlet triatlon antarabangsa yang menjadikan kejohanan itu seperti acara tahunan mereka.