thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Susah bersama, senang pun bersama

Ini antara pemandangan dapat dilihat pada muktamar PAS yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar di Kedah yang berakhir hari ini.

Ribuan ahli dan penyokong parti itu bertumpu di kompleks PAS berkenaan bagi mengikuti perbahasan daripada pimpinan mereka sejak muktamar berlangsung pada 29 April lalu.

Pemilihan kali ini juga menarik perhatian kerana melibatkan pemilihan di peringkat naib presiden dan anggota jawatankuasa pusat, selain membayangkan masa depan parti itu menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-14.