thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Pulut kuning tutup himpunan 'lautan merah'

Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama isteri Rosmah Mansor serta anggota Majlis Tertinggi Umno memotong pulut kuning semasa acara sambutan ulang tahun Umno ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sambutan tahun ini yang bertemakan “Tujuh Dekad Memperjuang Bangsa” merupakan perhimpunan terbesar yang pernah dianjur oleh parti itu.

Dianggarkan seramai 140,000 penyokong Umno seluruh negara telah berkumpul di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak awal petang semalam.

Najib menegaskan bahawa tidak ada parti politik lain yang boleh memerintah sesebuah negara selama 71 tahun dan membela nasib bangsa Melayu di Malaysia.