thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Menanti terbenam matahari

Ribuan orang bertumpu di Dataran Merdeka sempena majlis Iftar@Kuala Lumpur pada hari terakhir program itu pada 18 Jun.

Majlis anjuaran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara itu dibuat secara tahunan dan kali ini adalah yang ketiga diadakan.

Dengan latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad yang bersejarah, orang ramai berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama pada 3, 4, 10, 11, 17 dan 18 Jun.