thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Kegembiraan di pagi Syawal

Selepas berpuasa sepanjang Ramadan, umat Islam di Malaysia hari ini menyambut ketibaan 1 Syawal.

Seperti di masjid-masjid di seluruh negara, ribuan juga memenuhi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Selepas sembahyang, selain bermaaf-maafan, mereka juga mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama sendiri dengan mengunjungi sesama keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.