thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Selamat tinggal The Loaf

Kira-kira 10 tahun lalu pada 22 Jan 2008, Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan kedai roti premium The Loaf di Pavillion, Kuala Lumpur.

Perniagaan itu antara salah satu rancangan persaraannya.

Dr Mahathir bagaimanapun dilihat kembali aktif dalam politik sejak 2016 dengan tampil mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kini, bekas perdana menteri itu menerajui Pakatan Harapan (HARAPAN) .

Kesemua 12 cawangan The Loaf ditutup serta-merta Jumaat lalu.

Dr Mahathir berkata beliau cuba menjual perniagaannya itu bagi membantu kewangan kempen pilihan raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipimpinnya.

Namun, beliau gagal mendapatkan pembeli dan malah menampung kerugian sehingga terpaksa menutupnya.