Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
'Perang' pikat de Bruyne
Diterbitkan:  Aug 26, 2015 3:27 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Akhbar di Jerman melaporkan Louis van Gaal bersedia untuk memintas rancangan Manchester City untuk mendapatkan pemain Wolfburg, Kevin de Bruyne, dengan tawaran £50 juta (RM333.2 juta).

Ekoran terlepas beberapa sasaran berprofil tinggi sebelum ini dan kedudukan Manchester United berada di tangga keempat selepas dua perlawanan, van Gaal kian terdesak untuk mendapatkan pemain baru untuk meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurut akhbar Bild , MU menggandakan bidaan terhadap de Bruyne dengan menawarkan €80 juta (RM391 juta) untuk untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Belgium itu.

De Bruyne - pemain terbaik Bundesliga musim 2014/15 - pernah bermain untuk Chelsea sebelum berpindah ke Wolfburg.

Dalam laporan Bild , de Bruyne turut ditawarkan kontrak lumayan sekitar €20juta (RM97.8 juta) untuk enam musim sekiranya berminat untuk bermain untuk kelab gergasi Inggeris itu.

Susah nak tolak

Wolfburg sebelum ini menyatakan kelab itu tidak berhasrat untuk menjual aset mereka tetapi terpaksa akur dengan tekanan kewangan yang dihadapi.

Dalam laporan berasingan, jurucakap Wolfsburg bagaimanapun menafikan khabar angin mengaitkan de Byrune dengan MU.

"MU belum membuat sebarang tawaran rasmi." katanya.

Difahamkan rundingan dengan wakil City turut berlangsung ketika ini.

City berazam untuk mendapatkan khidmat de Bruyne sebelum jendela perpindahan ditutup minggu depan.

"Amat sukar menolak tawaran sedia ada.

"De Bruyne mahu kekal di Wolfsburg kerana lebih serasi dengan persaingan Bundesliga," kata sumber.

Menurut sumber itu, de Bruyne, 24, berminat kembali ke EPL selepas gagal menempatkan dirinya sebagai antara pemain paling menyinar di Stamford Bridge.

Justeru, pintu dibuka City mungkin menjadi pelengkap impiannya.

Lihat Komen
ADS