Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Dudley Boyz kembali ke WWE
Diterbitkan:  Aug 28, 2015 11:12 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

Selepas berpisah seketika, pasangan Bubba Ray dan D-Von kembali ke WWE selepas kali terakhir mereka membuat kemunculan dalam rancangan ECW One Night Stand pada 12 Jun 2005.

Bubba Ray dan D-Von muncul dari belakang tabir ketika kumpulan The New Day (Big E, Kofi Kingston dan Xavier Woods) meraikan kemenangan mereka mengalahkan The Lucha Dragons dalam saingan WWE Raw di Brooklyn, AS.

Semasa The New Day teruja sedang meraikan kemenangan itu, tiba-tiba irama yang sinonim dengan petanda kemasukan Dudley Boyz ke gelanggang dimainkan.

Penonton mula menjerit keghairahan sebaik saja ternampak kemunculan dua wajah penggusti yang tidak asing lagi, Bubba Ray dan D-Von.

Bubba Ray dan D-Von terus menaiki gelangang sebelum mangasak juara tag team semasa, Kofi Kingston dan Big E.

Terkenal dengan slogan "Get the Table" - merujuk kepada aksi meja yang mereka gemari - Bubba Ray dan D-Von meletakkan Woods sebelum melakukan 'aksi maut' Dudley Boyz, 3D ( Dudley Death Drop ) sebagai 'salam' perkenalan semula mereka di WWE.

Dudley Boyz pernah muncul menjuarai kejohanan WWE sebanyak 10 kali.

The Dudley Boyz adalah pasangan beregu penggusti yang memenangi kejuaraan dunia sebanyak lapan kali sejak 2001 dan rekod itu lebih cemerlang berbanding pasangan The Edge - Kristian.

Bagaimanapun, WWE masih belum lagi membuat pengesahan rasmi bahawa Dudley Boyz memang benar-benar kembali kepada mereka.

Jika berita itu sahih, Dudley Boyz dijangka menyertai jelajah WWE termasuk acara Smackdown yang mula diiklankan.

Lihat Komen
ADS