Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Messi diabadi pada dinding sekolah
Diterbitkan:  Aug 31, 2015 9:00 AM
Dikemaskini: 1:09 AM

Sekolah Escuela General Las Heras di in Rosario, Sante Fe berhak memaparkan mural Lionel Messi pada bangunan mereka kerana di situlah pemain terbaik dunia itu pernah mendapat pendidikan awal.

Mural sebesar 430 kaki persegi itu memaparkan Messi memakai jersi kebangsaan Argentina dengan gaya meraikan kemenangan.

Paulo Consentino, artis dari Brazil mengambil masa 20 hari untuk menyiapkan mural tersebut dengan menggunakan 1,800 liter cat.

. @DiarioOle : “A 40 square meter mural of Leo Messi by @pauloconsentino , on the wall of his first school in Rosario.” pic.twitter.com/ubWWLo4jqS

— Quotes on Messi (@MessiQuote) August 24, 2015

Media melaporkan Consentino pernah terlibat dalam kerja-kerja mural yang lain antaranya memaparkan bintang bola sepak Barcelona, Neymar di Brazil dan Luis Suarez di Uruguay.

Messi yang memenangi anugerah Pemain Terbaik UEFA 2014/15 mendapat pendidikan awal di sekolah Escuela General Las Heras.

Dilaporkan ketika dibangku persekolahan, prestasi Messi dianggap hanya sederhana.

Pada usia 11 tahun Messi disahkan mengidap sejenis penyakit yang melambatkan tumbesaran fizikalnya.

Meskipun mengalami kelainan berbanding kanak-kanak mormal, Messi terus menerima rawatan suntikan hormon pertumbuhan sejak itu. Ketinggian Messi kini mencapai 170sm.

Hasil kajian mendapati purata ketinggian pesakit sindrom sebegini adalah hanya 140sm.

Untuk makluman, bandar Rosario bukan sekadar tempat seorang bintang bola sepak bertaraf dunia membesar, malah ia adalah tempat tokoh revolusi terkenal, Che Guevera, dilahirkan.

Lihat Komen
ADS