Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
De Gea kempunan kerana 'lewat seminit'
Diterbitkan:  Sep 1, 2015 11:38 AM
Dikemaskini: 4:17 AM

Hajat hati nak peluk Real Madrid, namun nampaknya tangan David de Gea belum sampai - semuanya gara-gara kelewatan proses dokumentasi.

Pentadbiran La Liga hari ini mengesahkan mereka tidak menerima sebarang surat berkaitan bagi membolehkan perjanjian dicapai sebelum pintu perpindahan pemain ditutup hari ini.

Sebelumnya, Real Madrid dan Manchester United dilaporkan bersetuju dengan perpindahan de Gea dengan yuran bernilai £29 juta (RM185.8 juta), termasuk pertukaran dengan penjaga gol Keylor Navas ke Old Trafford.

Sementara itu MU memberitahu Sky Sports News surat sewajarnya sudah dihantar ke Madrid dan mempunyai bukti mengenainya.

Difahamkan kedua-dua kelab sedang mempertimbangkan kemungkinan membuat rayuan ekoran kelewatan berkenaan.

Kesilapan teknik dalam sistem komputer dipercayai mengganggu kelancaran pemindahan dokumen berkenaan.

Pakar bola sepak Sepanyol, Guillem Balague memberitahu Sky Sports News , kedua-dua pihak sepatutnya memuktamadkan perpindahan itu dalam tempoh yang dibenarkan.

Katanya, Navas juga sudah berada di Manchester untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, manakala dokumen sudah ditandatangani.

"Namun setakat ini ia tidak berlaku," katanya.

Balague berkata laporan menyebut dokumen mengenai Navas tiba seminit selepas tengah malam di Sepanyol dan ia melepasi had yang dibenarkan.

Lihat Komen
ADS