Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Bola sepak Eropah: Siapa ke mana
Diterbitkan:  Sep 1, 2015 6:56 PM
Dikemaskini: 11:37 AM

Musim perpindahan pemain bola sepak di England bermula pada 1 Julai lalu sehingga hari ini.

Berikut adalah ringkasan mengenai penghijrahan pemain Liga Perdana Inggeris yang dilaporkan media tempatan setakat ini.

  • Pemain paling mahal: Kevin De Bruyne (Wolfsburg ke Manchester City) - £55 juta (RM353 juta)
  • Kelab paling 'sibuk': Notts County (19 pemain bertukar)
  • Kelab EPL paling 'sibuk': Watford (12 pemain)

Berikut pula adalah antara pemain yang sudah melengkapkan perpindahan dari kelab lama ke kelab baru:

  • Victor Moses (Chelsea ke West Ham - dipinjamkan)
  • Ramiro Funes Mori (River Plate ke Everton - £9.5 juta/RM61 juta)
  • Alex Song (Barcelona ke West Ham - dipinjamkan)
  • Fabio Borini (Liverpool ke Sunderland - £10 juta/RM64.2 juta)
  • Dieumerci Mbokani (Dynamo Kiev ke Norwich - dipinjamkan)
  • Jason Denayer (Man City ke Galatasaray - dipinjamkan)
  • Julian Draxler (Schalke ke Wolfsburg - tidak didedahkan)
  • Javier Hernandez (Man United ke Bayer Leverkusen - £7.3 juta/RM46.9 juta)
  • Adnan Januzaj (Man United ke Borussia Dortmund - dipinjamkan)

Berikut pula adalah perkembangan berkaitan:

  • Rundingan di saat-saat akhir berlangsung antara Arsenal dengan Paris Saint-Germain untuk mendapatkan Edinson Cavani dan Adrien Rabiot.
  • Chelsea kian hampir menandatangani pembellian pemain pertahanan Nantes, Papy Djilobodji.
  • Penyerang Spurs, Emmanuel Adebayor ditawarkan ke Old Trafford untuk mengatasi masalah jentera pemusnah Man United.
  • Crystal Palace menolak bidaan Aston Villa untuk mendapatkan Dwight Gayle . Pemain penyerang berusia 25 tahun itu menyertai Palace dari Peterborough pada 2013. Dia menjaring 19 gol dalam 53 penampilan untuk Palace. Awal bulan lalu Palace menerima tawaran daripada Bristol City namun Gayle sendiri menolak untuk berpindah ke Ashton Gate kerana mahu kekal bermail dalam EPL.
  • Pemain tengah Southampton, Victor Wanyama kekal bersama St Mary's walaupun disebut-sebut untuk menyertai Spurs. Semalam Wanyama meninggalkan United Kingdom untuk menyertai skuad kebangsaan Kenya menjelang pertemuan negara itu dengan Zambia dan Equatorial Guinea. Wanyama diketepikan daripada kesebelasan pemain Southampton apabila pengurus mereka, Ronald Koeman menganggap dia "tidak cukup bersedia mental dan fizikal" untuk diturunkan.
  • Niat David de Gea menyarung jersi Real Madrid dipercayai berkubur apabila dokumen perpindahannya 'hilang'.

Lihat Komen
ADS