Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Rooney tak kenal bakal anak buah
Diterbitkan:  Sep 2, 2015 1:00 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Ketika peminat setia dan pengurusan kelab Manchster United teruja menerima kedatangan Anthony Martial, ketua pasukan Syaitan Merah itu pula tertanya-tanya siapakah pemain dari Monaco itu.

Kejadian itu diceritakan pemain sepasukannya, Morgan Schneiderlin.

Kata Schneiderlin, Rooney bertanyakan soalan mengenai Martial ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang selepas dimalukan kelab Swansea Ahad lalu.

"Rooney datang kepada saya dan bertanya siapa Martial, sebab akhbar melaporkan perpindahannya ke Man United.

"Saya memberitahu Rooney, Martial seorang pemain hebat dan mempunyai potensi besar dan sudah mempamerkan aksi hebat bersama Monaco musim lalu," kata bekas pemain Southampton itu.

Selepas diaibkan dengan inside Pedro dari Barcelona, Martial adalah pemain terbaru 'ditangkap' Louis van Gaal pada musim perpindahan kali ini.

Berusia 19 tahun, Martial adalah pemain yang mempunyai masa depan cerah dan berbakat.

Dia dianggap memiliki gaya permainan seperti legenda Perancis dan Arsenal, Thierry Henry.

"Saya memberitahu Rooney, dia (Martial) sedikit seperti Henry," tambah bekas pemain Southampton itu.

Martial dikatakan dibawa ke Old Trafford dengan nilai perpindahan setinggi £36 juta (RM230 juta) iaitu satu nilai tertinggi bagi seorang pemain muda.

Lahir di Massy, Perancis pada 5 Disember 1995, Martial memulakan karier dengan kelab remaja CO Les Ulils (2001 hingga 2009) sebelum berpindah ke Lyon dari 2009 hingga 2013.

Beliau meneruskan kerjayanya ke Monaco sejak 2013 sebelum menjadi 'Syaitan Merah' sebagai penggempur kelab berkenaan.

Pada 26 Ogos lalu, Martial dipanggil skuad kebangsaan Perancis buat pertama kali untuk persediaan perlawanan persahabatan menentang Portugal dan Serbia.

Lihat Komen
ADS