Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Geram betul Siti apabila ada penyokong pasukan bola sepak tak sedar diri. Licik mengolah ayat yang sebenarnya alasan tanpa hujah konkrit. Sekadar memanipulasi fakta menjadi auta.

Ya, saya bercakap tentang Wira Kelana yang sibuk mengutuk Liverpool semata-mata kerana kalah mengejut kepada West Ham.

Beliau lupa sekurang-kurangnya kepada dua perkara. Pertama, pasukan yang itu jugalah yang menewaskan Arsenal selang beberapa minggu lalu. Kedua, kekalahan The Gunners juga terjadi di gelanggang sendiri.

Mudahnya, West Ham umpama giant killer , sekurang-kurangnya buat masa ini. Ia senario biasa tiap kali permulaan musim EPL. Soalnya, mengapa kekalahan Liverpool diungkit-ungkit, kekalahan Arsenal disorok-sorok?

Faktanya juga, West Ham mengalahkan pasukan yang pernah lima kali menang Champion League (CL) dan pasukan yang pernah tak kalah-kalah saingan liga sendiri tapi anehnya tak pernah menang CL.

Berjaya awal gagal akhir

Hendak kata jaguh kampung tidak juga. Sebab Manchester United ketika era Alex Ferguson jauh lebih berjaya berbanding Arsene Wenger.

(Siti hairan betullah, Wenger tak pula dipecat walaupun pencapaiannya jauh tercicir di belakang Rafa Benitez, bekas pengurus Liverpool yang menang CL pada musim pertama dan layak ke final beberapa tahun kemudian)

Paling kelakar, penyokong The Gunners bangga dengan kecantikan gol 'derma' ketika melakar kemenangan nasib apabila pemain Newcastle, Fabricio Coloccini menjaring gol sendiri.

Satu lagi, Wira Kelana mungkin lupa sumpahan EPL - pasukan paling lama mendahului carta pada awal musim, itulah pasukan yang bakal gagal di akhir musim.

Kecut perut

Ini sudah pun berlaku kepada Arsenal. Pada dua musim lalu, The Gunners berlagak lagi angkuh apabila berada di kedudukan teratas untuk tempoh panjang tetapi di hujung musim, segalanya terbalik.

Arsenal hanya di tempat keempat, Chelsea yang sebelum ini tempat kedua bertukar kepada ketiga, manakala Liverpool dari ketiga kepada kedua. Manchester City pula dari tempat keempat kepada juara.

Masa tu, Siti benar-benar rasa puas.

Anehnya, kritikan Wira Kelana terhadap Man United tidak sekasar mana. Mungkin kerana sejak dikendali David Moyes kemudian Loise Van Gal, rasa gerun kepada kelab itu hilang sama sekali.

Tak seperti kegarangan Liverpool dua musim lalu hingga memaksa Jose Morinho 'memakir bas' depan pintu gol kerana gerunnya mereka terhadap kehebatan Liverpool.

Ketika era itu, Arsenal pun kecut perut.

Sebab itu saya katakan, Wira Kelana adalah penganalisis sukan picisan. Ibarat lelaki kasanova yang licik berkata-kata untuk memikat perawan walhal sebenarnya kejantanan belum pernah teruji.


SITI MERAH MANJA adalah pembaca Malaysiakini yang tegar memberi sokongan kepada Liverpool. Berusia 35 tahun, beliau gigih bekerja untuk mencari rezeki untuk diri sendiri dan anak tunggalnya.

Lihat Komen
ADS