Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
'Penyu menangis' di Old Trafford siapalah tahu
Diterbitkan:  Sep 2, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Jika kekecewaan terhadap kegagalan David de Gea ke Real Madrid dapat diukur, paling memedihkan bagi penjaga gol itu mungkin luka di hati kekasihnya, Edurne Garcia.

Rancangan de Gea itu terbantut selepas dokumen perpindahan dikatakan tidak sempat disempurnakan sehingga jendela perpindahan ditutup di Sepanyol semalam.

Laporan media pula memetik sumber sebagai berkata, masalah teknikal dan sistem komputer menggagalkan niat de Gea - Edurne untuk berhijrah ke kelab kaya-raya di Sepanyol itu.

Kempunan berhijrah, mahu atau tidak de Gea dan Edurne terpaksalah bertahan saja di Old Trafford ketika Madrid mendakwa Man United "sengaja" melakukan sabotaj.

Ini kerana, kata pihak Santiago Bernabeu, pengurusan Man United hanya memasukan data ke sistem pengurusan perpindahan Fifa pada tengah malam tersebut, menyebabkan Madrid tidak sempat mencari persepakatan memasukan penjaga gol mereka, Keylor Navas, dalam pakej pertukaran dengan De Gea.

Buruknya Manchester

Sebelum ini, Edurne berasa gembira dan menyokong keputusan kekasihnya untuk bergabung dengan kelab gergasi itu.

Malah, sumber memberitahu kesungguhan de Gea, 24, mahu ke Santiago Bernabeu banyak dipengaruhi oleh pujukan Edurne.

Jika de Gea berjaya melakukan 'langkah Santiago Bernabeu' mereka pasti akan mempunyai banyak waktu untuk bersama.

Namun, harapan Edurne tinggal harapan.

Edurne, 29, dikenali sebagai penyayi, pelakon dan penyampai televisyen Sepanyol. Namanya melonjak naik sejak 2005 apabila menyertai pertandingan mencari bakat baru di negara itu walaupun hanya menduduki tempat keenam.

Sebelum ini, Edurne menggambarkan bandar raya Manchester sebagai kota yang "lebih buruk daripada bahagian belakang penghawa dingin".

"Saya berasa sangat kecewa dengan apa yang terjadi," kata Edurne kepada rakannya seperti dilaporkan media Sepanyol.

Sementara itu, harapan de Gea untuk bersama Los Blancos mungkin tidak ranap sepenuhnya, tetapi dia terpaksa menunggu sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum musim perpindahan musim sejuk akan datang.

Lihat Komen
ADS