Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Superfly si legenda gusti dituduh membunuh
Diterbitkan:  Sep 3, 2015 11:00 AM
Dikemaskini: 3:11 AM

Berdekad-dekad 'hilang' dari radar peminat, penggusti Jimmy " Superfly " Snuka dilaporkan didakwa atas kematian teman wanitanya - 32 tahun lalu.

Snuka, 72, dituduh menyebabkan kematian Nancy Argentino pada 1983 di sebuah motel di Allentown, Pennsylvania.

Media melaporkan legenda gusti itu ditahan di rumahnya di new Jersey dan kini berada di penjara Lehigh Country.

Kes kematian Nancy dibuka semula tahun lalu dan diserahkan kepada penyelidik ekoran laporan The Morning Call sebelum ini yang mendedahkan bedah siasat terhadap si mati tidak dilabelkan sebagai kes pembunuhan.

Peguam Daerah Lehigh, Jim Martin mengumumkan dalam satu sidang media bahawa pihak juri mendakwa Nancy diserang berulang kali oleh Snuka dan tidak membawa teman wanitanya itu ke hospital selepas itu.

Menurut laporan, pada 10 Mei 1983, Snuka menghadiri rakaman televisyen WWF di Allentown dan kembali ke bilik untuk mencari Nancy.

Wrestling legend Jimmy 'Superfly' Snuka charged in girlfriend's 1983 death http://t.co/8LVMAoGjeB pic.twitter.com/rld859pYOO

— Orlando Sentinel (@orlandosentinel) September 1, 2015

Di situ Nancy dililhat tercungap-cungap kerana sukar bernafas, manakala hidung dan mulutnya keluar cecair kuning.

Snuka kemudian membawa Nancy ke hospital berdekatan tetapi disahkan meninggal dunia hari berikutnya.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dan mengalami puluhan luka serta lebam dipercayai akibat pukulan objek keras.

Dalam laporan itu, pakar patologi menyarankan kes berkenaan disiasat sebagai kes pembunuhan.

Temubual The Morning Call sebelum ini melaporkan, Snuka pada asalnya mendakwa dia dan Nancy dipukul sekurang-kurangnya lima individu dan wanita terbabit jatuh mengakibatkan kepalanya terhantuk.

An early look at tomorrow’s front page... SUPERFLY CHARGED WITH MURDER: http://t.co/eG4BnTpGGN pic.twitter.com/a8juzcwpWD

— New York Daily News (@NYDailyNews) September 2, 2015

Snuka kemudian menukar ceritanya mengatakan bahawa Nancy tergelincir dan kepalanya terhantuk ketika pasangan itu berhenti membuang air kecil di tepi jalan.

Snuka merupakan suspek tunggal dalam kes tersebut bagaimanapun tidak pernah didakwa sebelum ini.

Siasatan kes tersebut semakin kurang diberi perhatian selepas temubual dengan penggusti tersebut.

Pada 1985, keluarga Nancy memenangi saman terhadap Snuka yang didakwa cuai. Penggusti yang dikenali dengan aksi terbang itu bagaimanapun enggan membayar pampasan ditetapkan mahkamah - bernilai AS$500,000 RM2.1 juta) - atas alasan tidak mampu.

Pada wal tahun ini, isteri Snuka mengumumkan dia disahkan menghidap kanset perut, manakala anak perempuannya kini beraksi di arena WWE dengan gelaran Tamina Snuka.

Dalam satu kenyataan semalam, WWE dilaporkan berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Nancy.

"Akhirnya, hap perundangan ini akan diputuskan oleh sistem kehakiman kita," kata kenyataan WWE tersebut.

Lihat Komen
ADS