Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Meriah walau acara marathon dibatalkan
Diterbitkan:  Oct 4, 2015 7:43 PM
Dikemaskini: 11:45 AM

Walaupun jerebu telah memaksa acara Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) dibatal, ia tidak menghalang peminat acara ini untuk terus positif.

Malah pihak penganjur acara tetap memastikan para penyokongnya mendapat layanan terbaik tatkala mereka mengambil pingat, baju t dan sijil di Dataran Merdeka, hari ini.

"Marathon ini sudah menjadi sinonim kepada Standard Chartered Bank, dan ia sangat dekat dengan kami kerana acara ini ada dalam hati kami. Kami menghargai sokongan berterusan setiap orang yang bersama dengan kami sejak dari mula.

"Kami memohon maaf atas pembatalan Standard Chartered KL Marathon tetapi kesihatan dan keselamatan para pelari tetap menjadi keutamaan. Walaupun perlumbaan dibatalkan saya sangat gembira kami berjaya mencapai sasaran Run For A Reason," kata Pengarah Urusan dan ketua pegawai eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia, Mahendra Gursahani dalam kenyataannya, hari ini.

Sementara itu penganjur dan pemilik acara yang juga Pengarah Urusan Dirigo Events, Rainer Biemans yang sedih berikutan pembatalan itu mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak.

"Marathon ini merupakan acara utama kami, tidak ada yang lebih memuaskan hati apabila melihat para pelari melintasi garisan penamat dengan senyuman. Berikutan IPU (Indeks Pencemaran Udara) yang sampai ke tahap tidak sihat, kami berkongsi kesedihan tidak dapat meneruskan acara ini," katanya.

Walaupun dibatalkan khemah-khemah yang didirikan di tempat perlumbaan telah dibuka bagi membolehkan para peserta memperoleh makan dan minuman sementara mereka mengutip pingat, baju t dan sijil penyertaan.

Standard Chartered KL Marathon yang dijadual berlangsung hari ini disertai kira-kira 35,000 peserta dengan laluannya meliputi beberapa kawasan penting sekitar Kuala Lumpur.

-Bernama

Lihat Komen
ADS