Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Sayonara, Rodgers...
Diterbitkan:  Oct 5, 2015 2:24 AM
Dikemaskini: 6:40 PM

Akhirnya apa yang sebelum ini sekadar khabar angin , kini menjadi khabar yang benar.

Pengurus yang diharap dapat mengubah nasib Liverpool sebelum ini, Brendan Rodgers, dipecat berkuat kuasa serta-merta malam ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan kelab itu sebentar tadi, mereka mendakwa penyingkiran itu dibuat walaupun keputusan berkenaan "sukar".

"Kami percaya ia memberikan peluang terbaik kepada kelab untuk berjaya di atas padang," kata kenyataan itu,

The Reds sekadar seri dengan Everton dalam perlawanan malam tadi. Liverpool sekadar mencatat tiga kemenangan dan tiga seri daripada lapan perlawanan pertama musim ini.

Kedudukan itu meletakkan The Reds di tangga ke-10 EPL dengan 12 mata. Pendahulu liga, Manchester City kini memperoleh 18 mata.

Rodgers, 42, adalah pengurus Swansea sebelum ditawarkan kontrak bersama Liverpool pada 2012.

Khabar dari Bosnia

Dia pernah hampir berjaya membawa Liverpool menjuarai EPL musim 2013/14 sebelum tercicir ke tempat kedua di belakang Manchester City.

Menurut kenyataan kelab berkenaan sebentar tadi, usaha mencari pengurus baru sedang dijalankan dan diharap pelantikan dapat dibuat secepat mungkin.

Carlo Ancelotti, Frank de Boer dan Jurgen Klopp adalah antara nama yang dikaitkan dengan kelab itu setakat ini.

Bekas pemain bola sepak dari Ireland Utara itu dimaklumkan mengenai pemecatannya oleh Ketua Eksekutif Fenway Sports Group (FSG) yang memiliki kelab berkenaan, Ian Ayre.

Sepanjang tempoh Rodgers mengemudi The Reds, beberapa nama penting kelab itu meninggalkan Anfield, termasuk Jamie Carragher, Luis Suarez, Raheem Sterling dan Steven Gerrard.

Sementara itu laman sesawang metro.co.uk melaporkan Jurgen Klopp menandatangani kontrak tiga tahun bersama Liverpool.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan berita dilaporkan media Bosnia, Pravdabl itu.

Menurut Pravdabl , mereka diberi berita eksklusif mengenai perkembangan berkenaan.

Lapornya, Klopp akan mengendalikan The Reds bersama pembantunya dari Bosnia, Zeljko Buvac.

Lihat Komen
ADS