Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Rangkuman EPL: MU pancit, ego Mourinho, takdir Rodgers
Diterbitkan:  Oct 5, 2015 11:59 AM
Dikemaskini: 6:06 AM

Manchester City kembali ke tangga teratas liga selepas kenduri gol 6-1 ke atas Newcastle pada perlawanan, awal pagi semalam.

Penyerang Sergio Aguero mempamerkan kebolehan dimilikinya apabila meledak empat gol pada perlawanan itu.

Minggu lalu kelab kendalian Manuel Pellegrini mengejutkan peminat mereka apabila mencatat kekalahan pertama musim ini dengan skor 1-4 menentang Tottenham Hotspur.

Manchester United pancit di Emirates

Anak buah Louis van Gaal mencatatkan prestasi terhambar selepas pasukan itu tewas 0-3 di Emitares, awal pagi tadi.

Van Gaal, mengaku kecewa dengan nasib malang itu dan menyifatkan perlawanan itu persembahan terburuk Man United sejak dikendalikannya.

Gol awal Arsenal menjadi kekecewaan jurulatih dari Belanda itu di samping pemainnya kurang agresif.

"Ini adalah perlawanan awal musim yang amat teruk. Tidak agresif dan tiada keinginan untuk menang.

"Ini kali pertama daya melihat perkara ini berlaku kepada pasukan saya," kata Van Gaal seperti dilaporkan Sky Sport selepas kekalahan itu.

Jika menang, Rodgers tetap dipecat

Fenway Sports Group (FSG) selaku pemilik Liverpool sudah menetapkan pemecatan Brendan Rodgers sebelum perlawanan antara kelab itu dan Everton, awal pagi tadi, lapor wartawan BBC, Ben Smith.

Bagaimanapun, Rodgers, staf kejurulatihan dan barisan pemain tidak diberitahu mengenai perkara itu supaya fokus terhadap perlawanan itu.

"Sekiranya menang di Goodison Park, Rodgers tidak akan terlepas dari kehilangan pekerjaannya," kata Smith.

Mourinho tak takut dipecat

Walaupun diselubungi prestasi buruk kelabnya, Jose Mourinho mengaku tidak takut dipecat daripada bangku pengurus The Blues.

Mourinho bagaimanapun menyalahkan pengadil yang menjadi punca kekalahan anak buahnya ketika tewas kepada Southamton, semalam.

Beliau mengira pengadil perlu memberikan penalti kepada Chelsea ketika Radame Falcao dijatuhkan di kawasan kotak penalti pada minit ke-57 perlawanan itu.

"Pengadil takut memberikan keputusan tepat untuk Chelsea. Ketika keputusan 1-1 itu, kami seharusnya diberikan penalti, tetapi tidak," katanya yang menganggap keadaan sama di Liga Juara-juara.

The Special One itu menganggap sepakan penalti sangat penting untuk mempengaruhi mental pemain.

Sunderland hilang Advocaat

Sunderland turut senasib dengan Liverpool apabila pengurus mereka, Dick Advocaat memilih untuk berundur dari kelab itu.

Mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika menentang West Ham United, semalam.

Sehingga minggu kelapan, anak buah Advocaat tidak mencatat sebarang kemenangan, malah sekadar mengutip tiga mata melalui keputusan seri.

Situasi itu memberi ukuran tepat kepada Advocaat untuk meninggalkan Sunderland.

Keputusan minggu kelapan:

Chelsea 1 - 3 Southampton

Everton 1 - 1 Liverpool

Arsenal 3 - 0 Manchester United

Swansea City 2 - 2 Tottenham Hotspur

Crystal Palace 2 - 0 West Bromwich Albion

AFC Bournemouth 1 - 1 Watford

Aston Villa 0 - 1 Stoke City

Manchester City 6 - 1 Newcastle United

Norwich City 1 - 2 Leicester City

Sunderland 2 - 2 West Ham United

Lihat Komen
ADS