Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Sekilas fakta EPL hari ini
Diterbitkan:  Oct 8, 2015 2:47 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

Rooney sudah tua

Legenda Manchester United, David Beckham, menyifatkan penyerang Wayne Rooney sudah berumur dan perlu mengubah gaya permainannya.

Beckham berpendapat Rooney perlu mencontohi bekas rakan sepasukannya, Ryan Giggs, jika mengharapkan kariernya hidup lebih lama di Old Trafford.

Prestasi anak buah Louis Van Gaal itu kini dikritik peminat kelab berkenaan selepas berjaya menjaringkan hanya satu gol setakat musim baru ini.

"Rooney masih diperlukan Man United, tetapi perlu menukar posisinya seperti dilakukan Giggs. Usia di penghujung karier membuatkan Giggs bermain di posisi tengah berbanding zaman gemilangnya di posisi sayap kiri.

"Pada saya semakin kita tua, cara permainan perlu disesuaikan. Giggs adalah contoh terdekat," kata Beckham.

Rooney kini menjangkau usia 30 tahun dan sudah menghabiskan masa 12 tahun bersama The Red Devils dari 2004.

Danny Ings gapai cita-cita

Selepas mempamerkan kehebatannya dalam skuad The Reds, Danny Ings dipanggil jurulatih England, Roy Hodgson untuk menggalas cabaran negara itu dalam saingan kelayakan Piala Eropah 2016.

Panggilan kali pertama mewakili pasukan kebangsaan itu adalah rezeki tidak boleh ditolak oleh penyerang berusia 23 tahun itu.

"Menyertai pasukan utama untuk Piala Eropah ini bukan sesuatu yang mudah dan itulah cita-cita saya.

"Ini adalah peluang, saya dipanggil dan sekarang perlu meningkatkan prestasi supaya peluang ini berterusan terbuka buat saya," kata Ings yang juga bekas pemain bawah 21 England.

Mourinho gembira Klopp tak ke Stamford Bridge

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho mengakui, Jurgen Klopp sebagai kawan baiknya selepas bekas jurulatih Borussia Dortmund itu dikhabarkan bakal mengemudi Liverpool.

Mourinho yang dikenali dengan keegoan tersendiri menyifatkan gembira untuk menyambut kehadiran Klopp ke Liverpool.

"Dia adalah kawan baik saya, saya menyambutnya dengan gembira," kata jurulatih dari Portugal itu.

"Apa yang pasti dia bukan datang ke Chelsea, jadi saya gembira. Klopp memberitahu hal ini kepada saya," kata Mourinho.

Terdahulu, selepas Brendan Rodgers dipecat Liverpool, nama Mourinho turut dilaporkan berisiko untuk dipecat susulan prestasi hambar The Blues awal musim ini. Musim lepas, Mourinho berjaya membawa Chelsea muncul juara EPL.

Lihat Komen
ADS