Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Sekilas fakta EPL hari ini
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 11:28 AM
Dikemaskini: 8:35 AM

Hodgson harap Klopp

Pengurus England yang pernah mengemudi Liverpool, Roy Hodgson mengalu-alukan kedatangan Jurgen Klopp ke kelab The Kop itu.

"Sudah tentu saya mengucapkan selamat kepada Klopp. Ia perkara biasa apabila ada seseorang datang untuk menggantikan seseorang yang lain.

"Ia adalah keputusan sesebuah kelab yang menentukan masa depan mereka dan tiada kena mengena dengan pengurus antarabangsa seperti saya.

"Apa yang boleh saya katakan ialah selamat berjaya memenuhi keinginan pemilik kelab," katanya.

Hodgson juga berharap bekas pemain Jerman itu menjalin hubungan baik dengan penyokong Liverpool.

"Saya bernasib baik kerana mendapat sokongan daripada Brendan Rodgers (pengurus Liverpool sebelum ini) ketika mengendalikan skuad England.

"Saya harap Klopp juga memberi sokongan sama seperti yang saya dapat sebelum ini," katanya.

Pengganti Advocaat sedang dipikat

Pengerusi Sunderland, Ellis Short berharap perbincangan rasmi dengan Sam Allardyce sepanjang tempoh 48 jam akan datang membuahkan hasil dalam usaha The Black Cats mencari pengganti Dick Advocaat.

Nama Allardyce memang dikaitkan dengan Sunderland selepas Advocaat menamatkan kerjayanya di situ 6 Oktober lalu.

Sunderland sekadar seri 2 - 2 dengan West Ham pada Sabtu dan sejurus kemudian Advocaat disahkan meletak jawatan atas alasan gagal mendapat peruntukan mencukupi bagi membina skuad yang diingininya.

Setakat ini belum ada perbincangan rasmi antara kelab itu dengan Allardyce.

The Black Cats berharap mendapat pengurus baru mengendalikan skuad itu ketika saingan EPL berehat selama dua minggu.

Apabila EPL bermula semula nanti Sunderland bakal berdepan West Brom pada 17 Oktober.

Selain Allardyce ada beberapa nama lain disebut untuk bertugas di Stadium of Light, termasuk bekas Pengurus Leicester Nigel Pearson dan Pengurus AS, Bob Bradley.

Dua kelab didenda

Chelsea dan Arsenal masing-masing didenda £40,000 (RM254,537) dan £30,000 (RM190,903) selain diberi amaran ekoran insiden di Stamford Bridge pada 19 September lalu.

Hukuman itu dibuat selepas FA England mendapati mereka "gagal memastikan pemain masig-masing berkelakuan baik" di atas padang.

Dalam perlawanan itu Chelsea menundukkan The Gunners tetapi Gabriel Paulista diberi kad merah oleh pengadil Mike Dean kerana didakwa mengasai Diego Costa.

Kad merah itu kemudian dibatalkan selepas panel bebas meneliti rakaman video. Bagaimanapun Gabriel dihukum gantung satu perlawanan selepas dia mengaku berkelakuan tidak wajar.

Costa pula - yang turut dilihat mengasari Laurent Koscielny - dikenakan penggantungan tiga perlawanan .

Klopp bakal ke Anfield bersama The Brain

Liverpool mengesahkan dua pegawai belakang tabir mereka, Gary McAllister dan Sean O'Driscoll meletakkan jawatan masing-masing ekoran kedatangan Jurgen Klopp.

Bekas jurulatih skuad utama, McAllister bagaimanapun kekal di kelab itu dengan peranannya sebagai pegawai seranta, manakala O'Driscoll yang menjadi penolong Brendan Rodgers meninggalkan Anfield.

Turut mengambil tindakan itu ialah Glen Driscoll (ketua penilaian prestasi pemain) dan Chris Davies (ketua penganalisis).

McAllister dan O'Driscoll baru dilantik musim panas lalu menggantikan Colin Pascoe serta Mike Marsh.

Klopp dijangka membawa penolongnya di Borrusia Dortmund, Zeljko Buvac. Buvac - warga Bosnia - digelar The Brain kerana ilmu taktikalnya.

Klopp pula menggambarkan Buvac sebagai "pakar segala bentuk latihan."

Wenger ragui Cazorla, tapi...

Arsene Wenger mengakui dia "ragu" sama ada mahu meneruskan kontrak pemain tengah Santi Cazorla atau sebaliknya.

Faktor yang mendorong Pengurus The Gunners itu berfikir demikian adalah kerana tuntutan fizikal dalam EPL yang sangat tinggi.

Namun kualiti dimiliki bekas pemain Malaga itu memang diakui Wenger dan ada kemungkinan dia bersedia mengambil risiko berkenaan.

"Anda boleh mempertikaikan kemampuan fizikal Cazorla untuk bersaing dalam EPL. Memang saya ratu tetapi kualiti dimilikinya begitu baik dan saya bersedia mempertaruhkannya," kata Wenger.

Cazorlan, 30, perlahan-lahan muncul sebagai perancang kreatif untuk Arsenal dan melakukan 32 gerakan sokongan untuk rakan sepasukan menjaringkan gol setakat ini.

Dia menyertai Arsenal pada 2012 dan memenangi anugerah Pemain Terbaik Arsenal hanya selepas 10 bulan berada di kelab itu.

Kelemahan ketara Cazorla ketika ini, kata Wenger, adalah masalah penglihatan dan kemampuan menggunakan kedua-dua kaki dengan cekap.

Lihat Komen
ADS