Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
10 cabaran menunggu Klopp di Anfield
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 4:27 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Selepas Jurgen Klopp diangkat secara rasmi sebagai Pengurus Liverpool, ada banyak tugas menantinya di Anfield.

Berada di kedudukan ke-10 EPL, The Kop tidak boleh menarik nafas lega begitu saja apabila hanya memenangi tiga daripada lapan perlawanan setakat ini.

Apakah yang perlu segera dilakukan Klopp untuk memperbaiki prestasi Liverpool selepas kegagalan Brendan Rodgers?

Berikut 10 perkara kemungkinan perlu dihadapi jurulatih berusia 48 tahun itu selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama The Kop :

What to expect with Jürgen Klopp at #LFC ... Watch his first interview now: http://t.co/0YnXR3e2lp #KloppLFC https://t.co/JnAcEm0leg

— Liverpool FC (@LFC) October 9, 2015

1: Memenangi hati peminat

Rodgers berjaya mengotakan janji yang gagal dilakukan Roy Hodgson. Ketika cara pengurusan dan komunikasi Rodgers menjengkelkan sesetengah pihak kejayaan Liverpool di bawah kendaliannya menunjukkan Rodgers seorang pengurus yang tidak akan melarikan diri daripada cabaran.

Klopp pengurus yang suka berterus terang tetapi ceritanya mengenai "percintaan" dengan Burussia Dortmund akan memikat hati penyokong liverpool. Penyokong Liverpool tentu akan terpesona dengan gaya Klopp meraikan kejayaan setiap kali kelabnya menyinar.

2: Bermain dengan gaya

Penyokong Liverpool dilihat tertarik dengan pendekatan 'bola sepak keras' yang didakwa menjadi pilihan Klopp. Itu terbukti apabila pada prestasi terbaik, Dortmund yang dipimpinnya sebelum ini begitu agresif.

Ia adalah gerak semula jadi yang diterapkan Klopp bagi membolehkan pemainnya menguasai perlawanan, selain serangan pantas membuatkan pihak lawan terpingga-pinga.

Jika Klopp dapat membawa gaya tersebut ke Anfield, ia akan menjadi penawar kepada kegersangan The Kop akhir-akhir ini, seterusnya mengembalikan corak permainan pantas Liverpool seperti musim 2014.

3: Mengukuhkan pertahan

Kesilapan individu dan kolektif antara ciri yang ditinggal Rodgers di Liverpool. Mereka juga mengakui 50 gol yang dibolosi pada musim lalu adalah satu kesilapan besar.

Bersama Dortmund, memang Klopp juga tidak kebal tetapi gelaran Bundesliga pertama yang dimenanginya pada musim 2012/13 kelabnya hanya melepaskan 22 gol.

4: Mengimbangi kecergasan, ketahanan

Rodgers begitu dibelenggu masalah kecederaan pemainnya dan mungkin dia tidak dipecat jika Daniel Sturridge kekal cergas.

Sturridge mencatatkan rekod tidak beraksi paling tinggi berbanding penyerang lain dalam sejarah EPL apabila hanya beraksi tujuh kali dalam 43 perlawanan lalu.

Kebimbangan Klopp mestilah kepada pemain utama mereka. Di Dortmund, kecederaan dialami pemainnya adalah susulan kerja keras ketika perlawanan. Berbeza di EPL perlawanan lebih banyak dan tiada waktu rehat pada musim sejuk menjadi cabaran baru buat Klopp.

Mampukan Klopp menyesuaikan diri?

5: Mengekalkan pemain utama

Kejayaan berterusan Klopp terjejas apabila Dortmund kehilangan pemain utama mereka. Ketika itu, Nuri Sahin dan Shinji Kagawa berjaya digantikan, tetapi Mario Gotze dan Robert Lewandowski dilepaskan begitu saja.

Penyokong Liverpool pasti dapat memahami pengalaman seperti itu.

Klopp perlu lakukan apa saja berbanding Rodgers selepas kehilangan Luis Suarez dan Raheem Sterling.

Dia boleh mengikat Philippe Coutinho lebih lama dan dapat meyakinkan Brazil bahawa pemain itu mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam pasukan untuk membawa trofi ke Anfield.

Klopp tahu pengalaman begitu penting untuk mengekalkan bakat pemain.

6: Kakitangan sokongan yang tepat

Rodgers menukar kakitangan sokongan dalam pasukannya selepas terdesak untuk mengubah suasana di Melwood pada musim panas.

Klopp juga pasti akan lakukan perkara sama sebaik saja memulakan tugas dengan Liverpool kerana mendapatkan persefahaman sangat penting.

Peter Krawietz dan Zeljko Buvac dijangka akan menyertai Klopp walaupun tidak ada pengalaman di padang EPL.

Sementara itu, Steven Gerrard dan Jamie Carragher mungkin rujuk kembali ke Anfield selepas menyaksikan perubahan dalam kelab itu.

“We have to make their life better. That’s what we have to do!" Sounds familiar? Jurgen Klopp "wants to make the people happy!"

Posted by Liverpool FC - Liverpool Echo on Friday, October 9, 2015

7: Pembelian lebih baik

Perbahasan di kalangan ahli jawatankuasa pemindahan Liverpool setiap kali jendela pembelian pemain dibuka akan berterusan, tetapi apa yang akan dipersoal adalah terlalu banyak pembelian gagal.

Klopp biasanya lebih ligat dalam pasaran semasa ketika di Dortmund. Pasti ada yang berharap Liverpool melakukan pembelian berbaloi seperti dilakukan Klopp ketika mendapatkan Lewandowski dengan nilai £4 juta (RM25 juta) dan Kagawa hanya £250,000 (RM1.5 juta).

8: Kesan segera

Jamie Carragher sebelum ini berkata, kelab teratas liga tidak melihat Liverpool sebagai satu ancaman pada masa ini, malah gagal untuk setanding dengan Tottenham sekali pun.

Cabaran itu tentu difahami Klopp memandangkan Dortmund berada di kedudukan ke-12 Bundesliga ketika beliau mengambil alih kelab berkenaan pada 2008.

Dia menaikan semangat Dortmund, menjadikan mereka satu mimpi ngeri kepada pasukan lain melalui proses pemulihan keyakinan pasukan.

Hasilnya, mereka kembali pada tangga enam teratas dalam tahun pertama dan memenangi gelaran itu untuk kali ketiga.

Justeru, matlamat jangka panjang Klopp bersama The Kop adalah peningkatan segera.

9: Persembahan mantap

Rekod Rodgers menunjukkan dia seorang pengurus yang wajar dihormati namun mencatat satu kemenangan dalam lapan saingan di tempat lawan merupakan rekod buruknya.

Rekod Klopp pula menunjukkan kebolehan beliau dan kemampuan bekerja lebih baik.

Dortmund bukan sahaja memenangi kembali gelaran di Jerman, malah berjaya menewaskan Bayern Munich lima kali berturut-turut.

Dengan kemenangan meyakinkan ke atas Bayern kendalian Louis Van Gaal, Real Madrid diurus Jose Mourinho dan Arsenal (Arsene Wenger) ketika itu, Klopp tentu yakin dia mempunyai kemampuan besar untuk berjaya di Liverpool.

10: Memenangi trofi

Kegagalan untuk memenangi trofi menjadi mimpi ngeri kepada Rodgers dalam kariernya.

Dia adalah pengurus kedua yang gagal mencatat sebarang kejuaraan untuk kelab itu sejak tahun 1950-an.

Menggapai piala menjadi tugasan berat untuk digalas Klopp.

Lihat Komen
ADS