Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Harimau Muda tak perlu wujud, kata TMJ
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 7:40 PM
Dikemaskini: 11:43 AM

Skuad pasukan Harimau Muda negara disifatkan Tengku Mahkota Johor sebagai tidak perlu wujud kerana ia hanya menguntungkan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan

Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata selepas ditubuhkan dan dihantar "ke sana sini" mereka masih gagal memenangi perlawanan.

Malah, beliau yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, ada individu mahu mengambil kesempatan untuk membuat duit (keuntungan) daripada skuad berkenaan.

"Sepatutnya jika semua pasukan mempunyai asas kewangan kukuh, pembangunan belia daripada umur lapan tahun hingga 16 tahun diwajibkan kepada semua pasukan yang bertanding," katanya di sesi pendedahan fakta bola sepak bersama media di Johor, semalam.

Disebabkan tidak mempunyai peruntukan mencukupi, Tunku Ismail berkata, tiada program pembangunan akar umbi dapat dilaksanakan.

Takkan nak tunggu pemain 12 tahun

"Bola sepak (Malaysia) sukar hendak maju kerana ramai yang memegang jawatan (dalam persatuan) atas kepentingan politik.

"Kepada mereka yang berangan untuk menswastakan liga, pada saya liga kita belum bersedia untuk diswastakan kerana masalah kewangan setiap pasukan.

"Pasukan tidak ada stadium sendiri, malah pusat latihan sendiri pun tidak ada. Maka bagaimana hendak swastakan liga?" soal beliau.

Mengulas mengenai pasukan kebangsaan, beliau menegaskan, FAM perlu membuat pilihan jurulatih yang tepat.

"Ada yang mengatakan bahawa kita tidak boleh selamatkan lagi bola sepak tanahair dan cuma boleh berharap pada pembangunan belia.

"Takkan hendak tunggu pemain yang sekarang ni berumur 12 tahun? Bagaimana pula nasib pasukan yang sedia ada?

"Mari betulkan dahulu apa yang ada. Selagi boleh diperbetul, kita usahakan. Itulah tindakan sepatutnya diambil. Ambil jurulatih yang layak dan betul-betul boleh buat kerja dan berikan kebebasan," jelas TMJ.

Sementara itu, beliau sekali lagi menegaskan isu hak penyiaran yang perlu dituntut oleh pasukan masing-masing dan menggesa FAM supaya adil dalam perkara tersebut.

Lihat Komen
ADS