Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Messi mungkin dipenjara 22 bulan
Diterbitkan:  Oct 10, 2015 12:56 PM
Dikemaskini: 5:48 AM

Bintang bola sepak Lionel Messi dan ayahnya, Jorge Messi, bakal berdepan hukuman penjara sehingga 22 tahun jika mereka disabitkan kesalahan penyelewengan cukai.

Dakwaan tersebut difailkan peguam yang mewakili pihak berkuasa pencukaian Sepanyol.

Jorge selaku ejen Messi dianggap melakukan penyelewengan cukai lebih dari 4 juta euro (kira-kira RM18 juta) antara 2007 hingga 2009.

Cukai yang dimaksudkan tersebut melibatkan pendapatan Messi dari pelbagai penaja, seperti Danone, Adidas, Pepsi, dan Procter and Gamble.

Terdahulu, pihak pendakwa hanya mengaitkan kes tersebut dengan Jorge, manakala Messi dianggap tidak mengetahui perkara itu.

Bagaimanapun, hakim menolak permintaan pendakwa untuk membebaskan Messi dalam kes ini.

"Wujud unsur-unsur rasional jenayah ini yang dilakukan kedua-dua belah pihak," kata hakim yang tidak disebut namanya seperti dilaporkan AFP, semalam.

Hakim juga menuntut Messi hadir dalam perbicaraan kerana dianggap bertindak secara bersama dengan ayahnya.

Bagaimanapun laporan tersebut tidak menjelaskan tarikh pemain kebangsaan Argentina itu perlu hadir ke sesi perbicaraan.

Lihat Komen
ADS