Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Saya bukan Tuhan, kata Klopp
Diterbitkan:  Oct 12, 2015 12:58 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Pengurus Liverpool yang baru, Jurgen Klopp menyatakan kehadirannya ke Anfield tidak mampu melakukan perubahan drastik kepada The Reds.

Menurut beliau, Liverpool memerlukan masa untuk mengembalikan zaman kegemilangannya.

"Jika anda mahu melihat Livepool lebih berjaya dari 25 tahun lalu, anda boleh melakukan tugas anda (dahulu).

"Jika anda ingin menganggap saya sebagai Tuhan, kemudian esok hari berkata "tidak, ia tidak boleh berjalan atas air", itu bermaksud kita ada masalah.

"Saya tak boleh berjalan atas air, saya menyelam di dalamnya," kata Klopp.

Bagaimanapun, Klopp begitu memahami penyokong Liverpool menanti bertahun-tahun untuk meraih gelaran dan mengakui penyokong mungkin sudah hilang kesabaran.

"Tetapi bukan begitu caranya, beberapa perkara akan berubah kerana saya tidak sama dengan pengurus lain dan kita tak boleh mengubah dunia dalam masa sehari," katanya.

Tambah Klopp lagi, beliau berjanji akan berkerja keras untuk menunaikan impian penyokong.

"Saya tak akan menggunakan kontrak tiga tahun saya sebagai alasan dan selepas tempoh itu mengatakan "baiklah sekarang kita bangkit".

"Saya tak mahu mengubah banyak perkara dengan begitu cepat, tapi sangat penting bagi kita untuk sabar demi meraih kejayaan," jelasnya.

Kehadiran Klopp selepas pemecatan Brendan Rodgers memberi harapan besar di kalangan penyokong The Reds untuk melihat pasukan itu mengakhiri tempoh kegagalan selama 25 tahun itu.

Lihat Komen
ADS