Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Lana, Rusev di ambang perkahwinan
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 4:19 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

Perkhabaran itu tersebar berikutan gambar cincin dimuat naik Lana dalam akaun Instagramnya.

Portal hiburan TMZ kemudian mengesahkan berita pertunangan mereka setelah dimaklumkan pengurus Rusev bahawa atlet Bulgaria berusia 29 tahun itu melamar Lana di kolam rumah mereka di Nashville pada September lalu.

Lana - atau nama sebenarnya Catherine Joy Perry - diperkenalkan di WWE bersama-sama Rusev pada 2013. Selaku pengurus Rusev, Lana sering dilihat sebagai "duta sosial" Rusev yang menggunakan loghat Russia.

Namun apa yang menarik di sebalik berita pertunangan di kawasan kolam renang di belakang rumah mereka itu ialah, kru kamera WWE turut hadir.

Pemerhati berpendapat, ia mungkin disiapkan untuk menunjukkan berakhirnya babak cinta antara Rusev dan kekasihnya yang terdahulu, Summer Rae.

"Sungguh comel, Rusev meminang saya!" Lara memberitahu TMZ.

Hanya ingin bikini cemburu

TMZ turut melaporkan Rusev - atau nama sebenarnya Miroslav Barnyashev - telah memberitahu hasratnya melamar Lana kepada pengurus WWE pada September lepas.

Berita ini pasti mengejutkan ramai peminat Lana dan Summer Rae.

Rusev baru-baru ini bertunang dengan Summer Rae yang dikenali sebagai Diva WWE. Detik itu berlaku pada Smackdown lalu.

Namun Rusev secara terbuka mengakui tunangnya kini ialah Lana, manakala hubungannya dengan Summer Rae hanyalah rekaan semata-mata.

Di mata Lana pula, hubungan Rusev dan Summer Rae ditonjolkan hanya untuk membuat dia cemburu.

"Rusev hanya ingin membuat saya cemburu ketika bersama Summer Rae. Saya tahu Rusev sentiasa menyayangi saya dan kami akan bersama akhirnya.

"Kami akan meninggalkan legasi terhebat buat WWE," katanya.

Pengumuman pasangan itu bagaimanapun mendapat reaksi berbeza daripada peminat dan pemerhati.

CJ Perry is engaged, congrats to you both ❤ #lana #cjperry #rusev

A photo posted by Roman Reigns (@reeigns) on

Ketika ada yang merestui hubungan itu, sebahagian lain pula mempersoalkan layanan buruk Lana ke atas Rusev selama ini.

Sementara itu bekas kekasih Lana, Dolph Ziggler dilaporkan mengalih perhatian kepada Nikki Bella.

Ziggler juga enggan mengulas panjang mengenai berita pertunangan Lana.

"Ia pilihan Lana dan saya tidak sedih," katanya.

Lihat Komen
ADS